Benarkah Proton Sedan S50 lancar dua bulan lagi ?

 



‘Proton S50’ bakal lancar dalam tempoh dua bulan akan datang iaitu sekitar suku keempat tahun ini, demikian kenyataan yang disahkan oleh ketua pegawai eksekutif Proton, Dr Li Chunrong. 

Berita tersebut dsampaikan sewaktu Majlis Penyerahan Kraf Budaya Malaysia kepada atlet bagi Muzium Sukan Asia Hangzhou. 

S50 atau dengan nama kod SS11 itu dilihat beberapa kali menjalani ujian enduran di jalan raya. 

Difahamkan, sedan tersebut diposisikan di antara segmen-B dan segmen-C. Bahkan, kemunculan S50 nanti merupakan produk serba baharu dan bukannya pengganti model sedia ada.  

 
Untuk makluman, Geely Emgrand menggunakan platform BMA yang turut dipasang pada model Bin Yue (X50).

Model itu menggunakan enjin 1.5-liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 114hp dan tork 147Nm bersama transmisi CVT. 

Proton S50 kemungkinan akan dijana oleh enjin SUV X50 iaitu 1.5 liter tiga-silinder turbo yang menghasilkan kuasa 177PS dan tork 255Nm bersama kotak gear klac berkembar tujuh-kelajuan automatik 7DCT. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ