Tahun 2025 'SAH' Honda CBR650R Dan CB650R 'E-Clutch' Masuk Ke Malaysia

 



Honda CBR650R dan Honda CB650R generasi terbaru akan dibawa masuk ke pasaran negara kita pada tahun 2025. 

HK dimaklumkan kedua model berkenaan ditawarkan dengan versi "E-Clutch". Kedua model generasi terbaru ini hadir dengan gaya terkini serta reka bentuk baharu.



 Namun kedua model ini juga dilengkapi bersama teknoloji Honda E-Clutch iaitu inovasi terkini.

 Apakah Honda E-Clutch? 

Ianya merupakan Sistem Eletronik Terbaru dan yang pertama di dunia membolehkan penunggang menghidupkan serta mematikan enjin serta menukar gear (sewaktu bergerak) tanpa perlu menarik klac. 



Sistem ini berfungsi sama seperti Quickshifter  dimana penunggang boleh menukar gear tanpa menarik klac. 



Difahamkan sistem E-Clutch juga memberi kemudahan kepada penunggang dimana tidak perlu menarik klac untuk mula bergerak walaupun telah berhenti ataupun mahu berhenti.Situasi ini memudahkan lagi proses penukaran gear.

Speksifikasi:-  

1. Enjin 4 silinder dan 649cc.  

2. Suspensi Showa SF- BP 41mm USD.  

3.  Brek cakera 310mm brek 4 piston berkembar.  

4.  HSTC (Honda Selectable Torque Control).  

5.  Pengecas USB.  

6.  Rim 17 inci.  

7.   Bahan bakar 15.4L

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ

Berita Panas - Apakah Benar Kawasaki Versys 1000 Akan Dinaik Taraf?