Langgar lampu Isyarat Merah, Polis Kejar Hilux Dari Muar Sehingga KL

 

Gambar Hiasan


Sejauh 180km Polis terpaksa kejar sebuah Hilux yang tidak memberhentikan kenderaan setelah diarahkan oleh polis selepas melanggar lampu isyarat merah.

Insiden yang bermula di Jalan Bakri,Muar.Kira-kira jam 2.45 pagi semalam,berlaku kejar mengejar sejauh 180km dari Jalan Bakri,Muar sehingga ke Jalan Chan Sow Lin,Kuala Lumpur. 

Menurut Ketua Polis Daerah Muar,Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejadian berlaku ketika kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Muar berada di persimpangan berkenaan sebelum sebuah Hilux berwarna gelap melanggar lampu isyarat merah. 

Tambah beliau lagi, pihak polis telah mengarahkan Hilux berkenaan untuk berhenti bagi pemeriksaan lanjut, namun pemandu Hilux berkenaan tidak memberikan kerjasama dan terus memecut bagi mengelak di tahan. 

Kereta peronda polis terpaksa mengejar Hilux tersebut dengan bantuan daripada Polis Melaka serta Kuala Lumpur. 

Namun Hilux berkenaan berjaya meloloskan diri setelah menaiki tebing tinggi yang mana kenderaan polis tidak berjaya melepasinya dan seterusnya Hilux berkenaan telah memasuki laluan bertentang di Jalan Chan Sow Lin. 

Polis telah membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Usaha mengesan Suspek masih diteruskan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ

Berita Panas - Apakah Benar Kawasaki Versys 1000 Akan Dinaik Taraf?