Terkini - Bengkel AMI MOTOWORK Terbuka Untuk Pelbagai Jenama

 


"Kami kini bersedia untuk membaiki dan servis apa jua jenama motosikal yang ada di negara kita, datang dan servis motosikal Anda dari mekanik kami yang berpengalaman," itu luahan Ahmad Safi Mukhtar Azman,Ketua Bengkel AMI MOTOWORK. 

Menurut Mukhtar. Bengkel AMI Motowork sebenarnya telah beroperasi dari April 2022.




Waktu itu fokus utama bengkel AMI MOTOWORK hanya servis dan pembaikan motosikal agensi-agensi kerajaan sahaja seperti PDRM,BOMBA,ATM dan lain-lain agensi yang menggunakan motosikal Kawasaki dan Suzuki. 

Kajian tentang pengguna motosikal pelbagai jenama, khususnya motosikal berkuasa tinggi.Pemilik begitu sukar mendapat perkhidmatan servis dan baiki yang memenuhi selera mereka, ini antara faktor yang membuatkan AMI MOTOWORK mengubah konsep perkhidmatan. 




Info kepada pembaca,AMI MOTOWORK adalah salah sebuah anak syarikat yang bernaung di bawah AFY MOBILITIES SDN BHD (AMI GROUP).

Terdapat beberapa jenama motosikal bernaung dibawah AMI GROUP iaitu Suzuki,MV Agusta,Fantic Motor dan satu jenama Basikal Botecchia.






Bengkel AMI MOTOWORK terletak di lokasi strategik,Glenmarie. Premis yang ekslusif dilengkapi dengan 6 servis bay motosikal juga turut dibekalkan dengan peralatan terkini untuk diagnosis,penyelenggaraan oleh mekanik yang berpengalaman 






Terdapat ruang rehat dan surau berhawa dingin demi keselesaan pelanggan.Sempena kempen 'Bukak Pintu Kepada Pelbagai Jenama Motosikal', AMI MOTOWORK juga menawarkan Pakej Servis yang akan tamat sehingga penghujung September nanti. 

Antara tawaran menarik yang terdapat di pakej berkenaan ialah-:  




Diskaun 70 peratus pakej servis. Ianya merangkumi penggantian minyak enjin,Oil Filter(Penapis Minyak),Minyak Brek dan Coolant. Minyak enjin Semi Sintetik 10/40 dan Fully Sintetik 10/40 dan 10/50. 

AMI MOTOWORK juga menyediakan khidmat Towing bagi pelanggan mereka.Khidmat towing berkenaan disediakan pada waktu dan hari bekerja sahaja.




Waktu operasi perkhidmatan towing bermula pukul 8.30 pagi hingga 6 petang dan perkhidmatannya ke seluruh Semenanjung Malaysia. Sementara bengkel beroperasi pada hari Isnin sehingga Jumaat  

Bengkel AMI MOTOWORK merupakan yang terulung di negara kita. Bagi pelanggan yang ingin menempah slot untuk servis motosikal atau membaiki, sila hubungi talian yang tertera dan alamat bengkel juga terdapat pada gambar di bawah.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ