Sesuai Ditunggang Dalam Pelbagai Keadaan Permukaan Jalan - Aveta Ranger Max Explorer






Bentuk yang cukup simple dan mongel,bersahaja serta menjadi tanda tanya tentang keupayaan serta kesesuaian pengunaannya dengan pelbagai bentuk jalanraya di negara kita.

 Aveta ranger Max Explorer yang telah diperkenalkan tahun lalu nampaknya sebuah motosikal bukan kaleng-kaleng.Bukannya sebuah motosikal yang harus dipandang sebelah mata. 

Kami berpeluang menguji jentera ini baru-baru ini dan terkejut dengan prestasi yang dipersembahkan.Ini lah jentera Cub Kembara yang boleh dikategorikan 'Kecik-Kecik Cili Api'. 




Jika diperhatikan sepntas lalu desainnya agak tidak' Semengah' atau dalam bahasa lain agak kurang menawan. Ini kerana desain nampak terlalu ringkas.Senang citer motosikal yang ketandusan idea sewaktu pembikinannya. 

Pepatah mengatakan 'belum cuba,belum tahu'.Ini terjadi kepada saya sewaktu mula menguji jentera ini.

Pecutan,kendalian ditambah dengan ringan serta penjimatan minyak membuatkan saya terfikir jurutera yang mengilhamkan motosikal ini telah menghasilkan sebuah jentera dengan gabungan pelbagai elemen yang diluar kotak peminat motosikal.

Dengan saiz kecil molek tinggi tempat duduk 760mm dan berat hanya 115kg membuatkan Aveta Ranger Max Explorer sebuah motosikal senang dikawal termasuk kaum wanita. 




Buat mereka yang baru berjinak serta ingin melatih diri mereka agar lebih mahir dalam bidang 'off road'.Motosikal ini sesuai untuk anda kerana karekternya sesuai dalam apa jua keadaan. 

Pembaca boleh melihat video ujian yang saya lakukan di  dua permukaan dan situasi alam yang bebeza. Ini bukanlah sebuah motosikal kepada mereka yang berjiwa kelajuan. 

Adakah Aveta Ranger Max Explorer sesuai untuk berulang alik kerja dan meredah kesesakan lalu lintas?  Anda tidak menyesal membeli motosikal ini jika kedua situasi berkenaan memberi masalah kepada anda sebelum ini.



 

Walaupun hanya jentera moped kembara 125cc,apa yang saya boleh terangkan kawalannya cukup mudah khusus di kawasan yang sempit dan berliku. 

Kemudahan 2 rack iaitu tengah dan belakang yang siap terpasang meringankan beban kepada mereka yang suka kembara. 

Rack ditengah antara kusyen dan hendalbar itu boleh dianggap bonus kepada pemilik untuk meletakkan barang-barang. Tapi pastikan barang yang diletakkkan diatas rack berkenaan diikat rapi. 

Hasil ujian yang dilakukan ,pada saya tidak rugi dan menyesal memiliki motosikal ini. Bergaya tersendiri,Klasik dan amat simple untuk beriadah baik secara solo mahupun penumpang. 




Saya berpuashati dengan prestasi dan karekter yang dipersembahkan oleh Aveta Ranger Max Explorer. 

Speksifikasi Aveta Ranger Max Explorer :- 

1. Enjin 127cc. 

2. Sistem Penyejuk Udara. 

3. 4 lejang,SOHC. 

4. Tork 10.5Nm pada 5,500rpm. 

5. Eletrik Start dan Kick Start. 

6. Lampu LED. 

7. Panel Meter Digital. 

8. Bahan Bakar(minyak) Maksima 8.5 liter. 

9. Tayar Depan Size 18 inci / belakang saiz 16 inci. 

10. Berat 115kg.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ