Motosikal Berdaftar Julai 2003 Keatas Sahaja Dibenarkan Memasuki Singapura Bermula Julai 2028

 




Motosikal yang bukan berdaftar di Singapura serta berdaftar di negara asal mereka sebelum 1 Julai 2003, tidak akan dibenarkan memasuki Singapura bermula Julai 2028 - NEA.

Kenyataan demikian telah diumumkan oleh Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA). Pihak berkuasa dengan strategi melindungi kualiti udara terpaksa mengetatkan peraturan yang sedia ada. 

NEA pernah mengumumkan pada Julai 2018 iaitu melarang motosikal lama berdaftar di Singapura menjalar di jalanraya negara berkenaan bermula Julai 2028. 

Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa iaitu motosikal yang berusia atau lama kebiasaannya akan menyebabkan pencemaran jika dibandingkan dengan motosikal keluaran terkini jelas mematuhi piawian pelepasan Euro yang ditetapkan.

 "Jadi peraturan berkenaan, akan diseragamkan kepada motosikal luar dari Singapura sekiranya ingin memasuki negara ini", demikian ujar pihak NEA. 

Pencegahan serta pengharaman motosikal asing yang lama dari memasuk Singapura merupakan sebahagian langkah untuk menghadkan pelepasan kenderaan .Ini kerana asap yang dikeluarkan mengandungi bahan pencemar yang boleh menjejaskan pernafasan. 

Pihak NEA menegaskan hanya motosikal asing yang berdaftar bermula 1 Julai 2003 di negara asal akan dibenarkan memasuki Singapura.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ