KAWASAKI Pertontonkan Prototaip Motosikal Enjin Hidrogen ICE





Baru-baru ini Kawasaki telah mempertontonkan kepada hadirin di Litar Suzuka  motosikal yang dijanakuasa oleh Hidrogen. 

Walaupun kawasaki telah membangunkan prototaip ini pada tahun 2023, namun Sempena Minggu SUZUKA 8 Hours buat pertama kali Kawasaki telah mempertontonkan kepada umum. 




Kawasaki Motors masih mengadakan penyelidikan dalam misi menghasilkan motosikal ICE Hidrogen yang bakal berfungsi setaraf dengan motosikal berenjin petrol. 

Emisi hasil dari pembakaran setelah enjin mengeluarkan derumannya hanyalah 'Air'.Namun rata-rata peminat yang hadir begitu teruja dengan motosikal ICE berkuasa Hidrogen itu. 

Kami belum mendapat info secara terperinci tentang model ini. Apa yang dapat kami kongsikan sedikit berkenaan enjin. 




Seperti yang kami jangkakan prototaip ini mesti lebih berkuasa dari produk kawasaki sebelum ini. Tidak hairan mengapa Prototaip Motosikal ICE Hidrogen ini menggunakan enjin Supercharged  4 - Silinder  998cc. Enjin berkenaan sama seperti yang digunakan oleh Kawasaki H2. 

Kenyataan oleh Kawasaki Motors, mereka terpaksa melakukan sedikit modifikasi dalam memberi ruang dan laluan suntikan bahan api hidrogen ke ruang pembakaran. 




Dapat diperhatikan casis yang dugunakan pada Prototaip Motosikal ICE Hidrogen berbeza sepertinya direka khas bagi membawa bahan api dan sistem pembekalan bahan api hidrogen. 

"Jelas terbukti penggunaan bahan api hidrogen difikirkan relevan dan merupakan alternatif kepada bahan api fosil,"demikian menurut pihak Kawasaki Motors dalam kenyataan mereka kepada media.   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ