"KOMPOM" CFMOTO 500SR VOOM Akan Masuk Pasaran Negara Kita

 





SAH motosikal dengan enjin 4 silinder dan 78hp akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.Nampaknya CFMoto begitu aktif dalam membangunkan produk mereka mutakhir ini dalam penghasilan model SBK. 

Ini dibuktikan melalui dua model SBK yang bakal mengugat pasaran di negara kita. 




KH pernah menyiarkan berkenaan kemunculan SBK keluaran CFMoto iaitu model 675SR-R yang dijangka berada dipasaran negara kita pada tahun 2025 nanti. 

Kini CFMoto telah memperkenalkan sebuah lagi model SBK iaitu CFMOTO 500SR VOOM. KH menerima kabar model ini juga akan dibawa masuk ke pasaran negara kita tidak lama lagi.

Khabar gembira ini merupakan penyelesaian kepada ketandusan model 500cc yang teramat ketara dipasaran negara kita. Peminat 2 roda di Malaysia sering mengajukan soalan berkenaan kemunculan motosikal 500cc.  




Ini jelas menunjukkan motosikal 500cc masih ada peminatnya.Khusus pada mereka yang baru berjinak dengan model SBK kelas pertengahan.

Melhatkan kepada keupayaan model ini,CFMoto 500SR VOOM berjaya mengatasi Kawasaki Ninja ZX-4RR yang hanya berkeupayaan 74hp sahaja. Tidak banyak maklumat yang kami dapat tentang model ini. 

SPEKSIFIKASI:- 

1. Enjin 500CC -DOHC. 

2. Bore 63mm dan Stroke 40mm. 

3. Berat 194kg. 

4. Suspensi depan / belakang - KYB 

5. Tayar depan 120/70-17 - Tayar belakang 160/60-17 

6. Kelajuan maksima 210km/j 

Diharap penantian peminat motosikal 500cc di Malaysia bakal terubat denan tersiarnya artikel ini. Khabar Harian akan sentiasa berkongsi serta menyalurkan maklumat terkini produk motosikal dipasaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ