KTM DUKE Meraikan Ulang Tahunnya ke-30





Tahun 2024 merupakan Ulang Tahun Ke 30 KTM Duke. Sejarah terukir dimana varian pertama KTM Duke 620 telah dilancarkan pada tahun 1994.

Model 620 merupakan Duke pertama dan dikategorikan motosikal kegunaan jalanraya pertama KTM. Ini kerana diwaktu berkenaan KTM lebih menumpukan pada jentera enduro dan motocross.

Terciptanya Duke adalah untuk semua maksud dan tujuan.Dan ianya juga versi Supermoto dijalanraya terbesar pada masa itu.Malah model Duke merupakan barisan model yang sangat berjaya dan penting untuk firma dari negara Austria. 

Hasil terciptanya Duke 620 yang pertama memberi impak yang besar dan mengubah halatuju seluruh syarikat berkenaan. Legasi Duke semakin berkembang dengan kelahiran pelbagai varian sehingga dikenali sebagai Super Dukes. 

Bukan setakat itu saja,hasilnya dapat dilihat dengan terbitnya motosikal Husqvarna,Gas-Gas  dan terkini MV Augusta dibawah payung yang sama. 

Hasil tinjauan diperingkat antarabangsa terdapat 10 model Duke yang yang terbaik .


10 model Duke diklasifikasikan terbaik:- 

1. Model 620 Duke 1 1994. 

     

2. Duke 11 1999 . 

     

3. Model 990 Super Duke  2005. 



4. Model 690 Duke 2008.

     

5.Model 125 Duke 2011. 

    

6. Model 390 Duke 2013. 

     

7. Model 1290 Super Duke R 2014.

   

 

8. Model 1290 Super Duke GT 2016. 

     

9. Model 790 Duke 2018 . 

    

10.Model 990 Duke 2024 .

      



 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ