YDPA Sultan Ibrahim Pemilik No Plat 'GOLD 1'

 



Yang di- Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menjadi pembida Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD tertinggi di Malaysia pada harga RM1.5 juta.

Baginda membida nombor plat bernilai utama (Emas), GOLD 1 dan berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Istana Negara. 

Pada pertemuan itu, Anthony mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim akan menyalurkan hasil bidaan tersebut kepada Kerajaan Persekutuan. 

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-50, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia membuka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD pada Februari lalu.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ