Perbandingan Kawasaki Ninja ZX-25R dan Honda CBR 250RR
![]() |
Dunia permotoran kelas pertengahan mutakhir ini dibayangi dengan pengeluaran produk menjurus ke arah 'Sapa Lebih Power.' Buktinya wujud jentera 250cc dengan pelbagai speksifikasi terkini dan hampir setaraf dengan motosikal berkuasa tinggi.
Kawasaki Ninja ZX25R dan Honda CBR250RR,dua jenama berbeza dengan lontaran kuasa enjin yang menjadi sebutan dikalangan peminat 2 roda di negara kita.
Peminat 2 roda di Malaysia khususnya golongan muda cukup teruja apabila Honda CBR250RR mula menjengah pasaran motosikal di negara kita.
Dengan rekabentuk serta speksifikasi SBK menjadikan model berkenaan mengubah selera buat mereka yang mencari kelainan bagi motosikal kelas pertengahan.
Bermula tahun 2023,pasaran motosikal di negara kita dikejutkan dengan kemunculan Kawasaki Ninja ZX25R '4 Silinder'.
Model kelas pertengahan dibawah 500cc dengan enjin Inline Four Silinder Dohc. Hebat dan gerun apabila mentelaah speksifikasi model tersebut.
Situasi ini mengingatkan HK sewaktu model Kawasaki H2 dan H2R menembusi pasaran motosikal di Malaysia.
Cerita tentang model H2 dan H2 R tersebar dengan cepat ke seluruh Malaysia.Tidak dinafikan Model H2 tiada tandinganya dijalanraya.
Ujian yang pernah dijalankan terhadap Kawasaki H2 menghasilkan pecutan maksima berjaya mencecah 440km/j.
Adakah Ninja ZX25R akan meneruskan legasi Kawasaki H2?
Jadi kepada mereka yang masih mencari jentera 2 roda 250cc, silalah khatam speksifikasi kedua jenama yang tertera dibawah.
Speksifikasi: Honda CBR250RR
1. Enjin 249.7cc, Silinder berkembar selari dengan 8 Injap(Valve) dan DOHC.
2. Kuasa 40hp@13,300 rpm.
3. Tork 25 Nm@11,000 rpm.
4. Bore X Stroke 62.0mm x 41.4mm.
5. Top Speed 18i Km/j.
6. Bahan Bakar 14.5 liter.
7. Asist slipper Clutch.
8. Meter LCD Digital Penuh.
9. Throttle By Wire.
10. Lampu Depan LED Berkembar.
11. Quick Shifter.
12. Ekzos Berkembar 2 In 1
13. Berat 168kg.
![]() |
Kawasaki Ninja ZX25R |
Ulasan
Catat Ulasan