HONDA WINNER X Kini DiPasaran Filipina

 



Pasaran motosikal di Filipina kini telah menerima kehadiran sebuah lagi model kapcai iaitu Honda Winner X 2024. 

Honda Winner X 2024 bagi pasaran Filipina adalah versi paling terkini setaraf dengan model yang ada di pasaran Vietnam. 

Info yang HK terima,Honda Winner X 2024 baru sahaja dilancarkan dipasaran Filipina  dengan 3 varian pilihan. Varian Standard,ABS Premium dan ABS Racing. 



Warna yang ditawarkan bagi varian Standard terdapat dua pilihan iaitu Pearl Iceberg White dan Infinity Red. 

Sementara untuk varian ABS Premium juga ditawarkan dua warna pilihan Matte Meteoric Red Metallic dan Matte Galaxy Black Metallic. 

Varian ABS Racing hanya dibekalkan dengan satu warna sahaja iaitu Infinity Red berserta warna rim keemasan. model ini untuk pasaran Filipina berkongsi speksifikasi dan ciri-ciri yang sama. 



Namun begitu terdapat sedikit perbezaan, iaitu selain dari pilihan warna terdapat ABS Single Channel hanya dibekalkan hanya kepada varian ABS Premium dan ABS Racing. 

Speksifikasi :-

1. Enjin bersesaran 149cc (4-stroke, 4-valve) 

2.DOHC, liquid-cooled.

3. Transmisi enam kelajuan. 

4.Assist & Slipper Clutch. 

5.Kuasa maksimum yang dihasilkannya mencapai paras 15.4hp @ 9,000rpm, dengan tork puncak 13.5Nm @ 7,000rpm. 

6. Sistem suspensinya fork depan teleskopik dan suspensi belakang monoshock. 

7. Sistem brek depan dan belakang, kedua-duanya jenis cakera. 

8. Tayar depan bersaiz 90/80-R17 dan belakang 120/70-R17. Tayar yang dibekalkan adalah jenis tanpa tiub(Tubeless). 

9. Bahan api 4.5 liter. 

10. Smart Key System, port pengecas USB, panel meter digital. 1

1. Lampu LED, dan juga teknologi Bank Angle Sensor. 

Mungkin kita akan tertanya-tanya apakah itu Teknoloji Bank Angle Sensor? 

Bank Angle Sensor adalah teknoloji keselamatan iaitu enjin akan mati secara automatik apabila sensor mengesan kedudukan motosikal berkenaan melebihi 70 darjah. 

Ini kebiasaannya berlaku apabila motosikal jatuh kerana kemalangan. 

Honda Winner X 2024 bagi pasaran di Filipina ditawarkan dengan harga PHP123,900.00 atau RM 10,551.28 bagi varian Standard.



Varian ABS Premium PHP 129,900 atau RM 11,062.24. Sementara varian paling atas Varian ABS Racing PHP 131,900 atau RM 11,232,56. 

Honda Winner X 2024 telah ada dipasaran negara kita.Persoalannya kenapa versi yang berada di pasaran Malaysia masih kekalkan ciri- ciri yang lama.

Versi yang sama tetapi teknoloji bagi pasaran di Malaysia agak ketinggalan.



    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ