Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2024

Scooter Members 2024 Bakal Melonjakkan Kemaman

Imej
  Scooter Members 2024 yang julung kalinya bakal diadakan di Kemaman akan menjadi hub ke 2 di Pantai Timur dalam mengumpulkan pemilik dan peminat skuter dari seluruh Malaysia.  Acara Scooter Members merupakan penganjuran bersama HAYR NZ Enterprise dan Faster Energy Kemaman. Lokasi Waterfront,Kemaman menjadi lokasi pilihan untuk acara tersebut. Lokasi berkenaan merupakan lokasi tumpuan ramai untuk beriadah bersama keluarga dihujung minggu. Majlis pelancaran Scooter Members 2024 telah disempurnakan oleh En Mazlan Yusoff wakil Majlis Perbandaran Kemaman baru-baru ini. Mazlan yusoff Penasihat Acara Scooter Members  2024 Beliau selaku penasihat acara Scooters Members 2024 menyatakan, selain dari acara Scooter Members dalam masa yang sama turut diadakan Festival Makanan Terengganu. Peniaga-peniaga makanan tempatan yang berkonsepkan makanan Tradisi diberikan keutamaan untuk memperagakan makanan masing-masing sepanjang acara berlangsung.  Ianya bertujuan mendedahkan kepada pengunjung menikmati

Svartpilen 125 dan Vitpilen 125 Dipasaran Eropah Sekarang - Husqvarna

Imej
  Nampaknya Husqvarna tidak mahu ketinggalan dalam persaingan produk motosikal dibawah 250cc.  Buktinya baru-baru ini Husqvarna telah memperkenalkan dua model untuk pasaran Eropah iaitu Husqvarna Svartpilen 125 dan Husqvarna Vitpilen 125.  Sejarah membuktikan Husqvarna telah melengkapi permintaan peminat motosikal klasik moden dengan barisan model keluaran mereka. Bermula dari Svarpilen 250,Vitpilen 250,Svartpilen 401,Vitpilen 401 dan terkini Svartpilen 125 serta Vitpilen 125.  Svartpilen 125 2024 Bagi model Svartpilen 125 dan Vitpilen 125 speksifikasinya adalah setahap Svartpilen 401 dan Vitpilen 401 ,walaupun enjinya bersesaran agak kecil iaitu 125cc. Vitpilen 125 2024   Melihat pada rekaan pada kedua model 125 2024 ini Svartpilen dan Vitpilen lebih menjurus kearah sporty dan moden.Kuasa maksimum dijanakan adalah15hp.   Paparan TFT Untuk Svartpilen 125 2024 Memenhi piawian Euro5.Keduanya dilengkapi enjin baharu.  Paparan TFT Model Vitpilen 125 2024 Kenyataan dari Husqvarna kedua mode

YDPA Sultan Ibrahim Pemilik No Plat 'GOLD 1'

Imej
  Y ang di- Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menjadi pembida Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri  GOLD  tertinggi di Malaysia pada harga RM1.5 juta. Baginda membida nombor plat bernilai utama (Emas), GOLD 1 dan berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Istana Negara.  Pada pertemuan itu, Anthony mempersembahkan secara simbolik   nombor plat   kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim. Menerusi hantaran Facebook rasmi baginda,  Sultan Ibrahim  akan menyalurkan hasil bidaan tersebut kepada Kerajaan Persekutuan.  Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-50, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ)  Malaysia membuka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD pada Februari lalu.

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

Imej
  Pengarah Kastam Negeri Perlis Ismail Hashim  meninjau motosikal yang dirampas H onda CBR 1000RR, BMW S1000RR,Yamaha R1,Aprilia RSV4 dan MV Augusta. Itu antara model motosikal berkuasa tinggi yang dirampas oleh Kastam Negeri Perlis.  Sembilan buah motosikal berkuasa tinggi dipercayai cuba dibawa masuk ke Malaysia dari Thailand dengan menggunakan sebuah lori kecil telah ditahan.  Jabatan Kastam DiRaja Malaysia(JKDM) Perlis, motosikal berkenaan telah diperiksa sewaktu melalui kompleks Imigresen,Kastam,Keselamatan dan kuarantin(ICQS) Wang Kelian.  Pihak Kastam Perlis telah menyita kesemua motosikal tersebut setelah didapati tiada sebarang dolumen pembayaran cukai atau permit Import yang sah.  Seorang lelaki yang cuba membawa masuk motosikal berkenaan telah ditahan.Beliau merupakan wakil syarikat pengangkutan tempatan beusia 37 tahun telah ditahan.  Semakan mendapati kesemua motosikal tersebut baharu selesai ,emyertai perlumbaan di sirkit Buriram,Thailand.  Pemilik kesemua motosikal terse

Perbandingan Kawasaki Ninja ZX-25R dan Honda CBR 250RR

Imej
  D unia permotoran kelas pertengahan mutakhir ini dibayangi dengan pengeluaran produk menjurus ke arah 'Sapa Lebih Power.' Buktinya wujud jentera 250cc dengan pelbagai speksifikasi terkini dan hampir setaraf dengan motosikal berkuasa tinggi.  Kawasaki Ninja ZX25R dan Honda CBR250RR,dua jenama berbeza dengan lontaran kuasa enjin yang menjadi sebutan dikalangan peminat 2 roda di negara kita.  Honda CBR250RR Peminat 2 roda di Malaysia khususnya golongan muda cukup teruja apabila Honda CBR250RR mula menjengah pasaran motosikal di negara kita.  Dengan rekabentuk serta speksifikasi SBK menjadikan model berkenaan mengubah selera buat mereka yang mencari kelainan bagi motosikal kelas pertengahan.  Bermula tahun 2023,pasaran motosikal di negara kita dikejutkan dengan kemunculan Kawasaki Ninja ZX25R '4 Silinder'.  Kawasaki Ninja ZX25R Model kelas pertengahan dibawah 500cc dengan enjin Inline Four Silinder Dohc. Hebat dan gerun apabila mentelaah speksifikasi model tersebut.  Situ

Apakah Benar Honda CBR400R 2024 Bakal Dilancarkan Mac Nanti?

Imej
  HK mendapat khabar Honda bakal melancarkan CBR400R 2024 pada bulan Mac nanti dipasaran Jepun.Sejauh mana kesahihan berita berkenaan masih menjadi tanda tanya.  Namun khabar yang HK terima menyatakan model CBR 400R 2024 yang bakal dilancarkan akan dijual dengan harga 863,500 Yen atau RM7,476.Jangan tersilap yer,itu harga bagi pasaran negara Jepun. Berbeza dari model tahun 2020 yang lalu, Difahamkan model CBR400R 2024 kini dikemaskini dari segi kosmetik serta penambaikan sistem elektronik.  Ini menampakkan perbezaan yang jelas dari model terdahulu keluaran 2020.Dan ditawarkan dengan 2 warna pilihan iaitu merah dan hitam. Melihatkan pada rekabentuknya,Honda CBR400R 2024 terdapat winglet yang sama seperti model Honda CBR 1000RR - R. Modern Racing Art demikian yang boleh HK definasikan setelah melihat lampu depan dan lampu belakang model berkenaan.  Speksifikasi :-  1.Enjin 399cc.  2. Parallel-Twin cylinder, Water cooled.  3. DOHC 8-Valve.  4. Kuasa maksimum yang dihasilkan 45hp @ 9,000rp

HONDA WINNER X Kini DiPasaran Filipina

Imej
  Pasaran motosikal di Filipina kini telah menerima kehadiran sebuah lagi model kapcai iaitu Honda Winner X 2024.  Honda Winner X 2024 bagi pasaran Filipina adalah versi paling terkini setaraf dengan model yang ada di pasaran Vietnam.  Info yang HK terima,Honda Winner X 2024 baru sahaja dilancarkan dipasaran Filipina  dengan 3 varian pilihan. Varian Standard,ABS Premium dan ABS Racing.  Warna yang ditawarkan bagi varian Standard terdapat dua pilihan iaitu Pearl Iceberg White dan Infinity Red.  Sementara untuk varian ABS Premium juga ditawarkan dua warna pilihan Matte Meteoric Red Metallic dan Matte Galaxy Black Metallic.  Varian ABS Racing hanya dibekalkan dengan satu warna sahaja iaitu Infinity Red berserta warna rim keemasan. model ini untuk pasaran Filipina berkongsi speksifikasi dan ciri-ciri yang sama.  Namun begitu terdapat sedikit perbezaan, iaitu selain dari pilihan warna terdapat ABS Single Channel hanya dibekalkan hanya kepada varian ABS Premium dan ABS Racing.  Speksifikasi

Kini Husqvarna Vitpilen 401 2024 Diperkenalkan

Imej
  Husqvarna Vitpilen 401 2024 H USQVARNA VITPILEN 401 2024 generasi baharu diperkenalkan.Terdahulu Husqvarna telah memperkenalkan Varian Svartpilen 401 2024.  Kedua-dua model ini dilengkapi enjin 399cc bertaraf Euro 5+ dan kuasa maksimum 45hp. Husqvarna Svartpilen 401 2024   Terdapat beberapa perbezaan antara kedua varian ini iaitu hendal bar,rear grab bar,visor lampu depan,,mudguard tayar depan serta jenis tayar yang digunakan.  Speksifikasi:-  1. Enjin 399cc dengan kuasa maksimum 45hp.  2. Transmisi 6 kelajuan.  3. PASC Anti Hopping Clutch.  4. MTC (Motorcycle Traction Control).  5. Riding Mod ada 2 Street dan Rain.  6. Suspensi boleh dilaraskan Jenama WP.  7. Sistem Brek ByBre.  8. ABS dengan Bosch Cornering Sensitive.  9. Supermoto ABS.  10.Rim Aloi Aliminium 17 inci.  11. Tayar Michelin Power 6.  12. Lampu Depan LED. 1 13.Panel Meter TFT 5.0 dan terdapat sambungan Bluetooth.  Husqvarna Vitpilen 401 2024 Persoalannya bila kedua varian ini akan masuk ke Malaysia.Setakat artikel ini

CBR600RR 2024 Dikemaskini

Imej
  Honda CBR600RR 2024 H onda CBR600RR 2024 telah diperkenalkan baru-baru ini dengan dua pilihan warna iaitu Grand Prix Red dan Matte Ballistic Black Metallic.  Honda CBR600RR mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada bulan April 2021.Terkini model CBR600RR 2024 yang telah dikemaskini telah diperkenalkan untuk pasaran Jepun. Warna Grand Prix Red Perubahan paling ketara dalam memenuhi kemahuan penunggang masa kini,CBR600RR 2024 telah dikemaskini dengan dilengkapi "Quick Shifter" sebagai ciri Standard. Warna Matte Ballistic Black Metallic Enjin dan sistem ekzos telah mematuhi piawaian emisi paling terkini di Jepun.  Speksifikasi :-  1. Enjin 599cc dengan penyejukkan cecair.  2. 4 Stroke,DOHC.  3.  4 Valve - Inline 4.  4.  Kuasa Maksimum 121PS @ 14,250rpm dan tork 63NM @ 11,500rpm.  5.  Pecutan dengan 6 Transmisi kelajuan.  6.  Bahan api(minyak) 18 liter.  7.  Berat 193kg.  Sehingga artikel ini disiarkan HK belum mendengar khabar berita tentang kemasukan Honda CBR600RR 2024 ke

BALSA QM400T - B - KLON HONDA ADV 350 Kini Ada Di China

Imej
           BALSA OM400T-B Model Klon                   Honda ADV350  D ipasaran Negara China sekarang telah muncul sebuah Skuter Klon menyerupai model Honda ADV350 di kenali dengan nama BALSA QM400T - B .  Sekilas pandang ianya menyerupai Honda ADV350 yang diberitakan akan dibawa masuk ke Malaysia tidak lama lagi.  QALSA QM400T - B Model yang menyerupai                    Honda ADV350 Info yang HK terima nama BALSA QM400T - B diperolihi berdasarkan alih bahasa.Model ini dipercayai bakal memikat hati peminat seandainya speksifikasi sama taraf dengan Honda ADV350. Speksifikasi :-  1. Enjin bersesaran 399cc.  2. kuasa Maksimum 30.3hp.  3. Kelajuan Maksimum 130Km/j.  4. Saiz tayar depan 120/70-15 sementara saiz tayar belakang 140/70-14.

Walau US Menolak,Thailand Tetap Inginkan Pesawat F-35

Imej
Pesawat Pejuang F-35 Pesawat Pejuang generasi ke 5 iaitu  F- 35 buatan Amerika Syarikat tersenarai dalam perancangan Tentera Udara Thailand.  Bukan setakat Jet pejuang keluaran Amerika Syarikat  malah jet pejuang dari Sweden Gripen E/F juga dalam senarai yang bakal dimiliki oleh tentera udara Thailand.  Pesawat F-35 HK difahamkan pihak Washington pernah mengeluarkan kenyataan iaitu negara Asia Tenggara "belum bersedia" untuk mengendalikan jet pejuang moden tersebut.  Sehingga kini Tentera Udara Thailand nampaknya belum berputus asa mengejar impian untuk memiliki pesawat pejuang generasi ke lima  F-35 dari Amerika Syarikat.  Thailand berhasrat menjadi negara kedua di Asia Tenggara memiliki pesawat pejuang F-35 selepas Sinngapura.  Pesawat Buatan Sweden Gripen E/F Sumber dari media Thailand memaklumkan. pada tahun lepas Duta Amerika ke Thailand telah bertemu dengan Panglima Tentera Udara Thailand ketika itu Alongkorn Wannarot. Robert Gordec Duta Amerika ke Thailand waktu itu te

QJ MOTOR SRK 921 RR 2024 Harga RM 46,646.28 . Betul Ker?

Imej
  Adakah benar harga motosikal QJ Motor SRK 921 RR model 2024 RM46,646.28 ?  Jangan terkejut atau terus membuat kesimpulan tentang harga motosikal berkenaan.Sebenarnya model ini belum lagi masuk dipasaran negara kita.  Harga tersebut adalah perbandingan matawang diantara RM dan CNY(  China) setelah melihat harga jualan model QJ Motor SRK 921 RR 2024 di China.   Harga bagi pasaran di negara China adalah CNY 69,999.00 bersamaan RM46,646.28( mengikut kadar semasa). Andaikata jika model ini dibawa masuk ke Malaysia dan harganya dibawah RM50k,sudah pasti laku keras dan bakal melonjakkan nama QJ Motor di negara kita.  Model QJ SRK 921 RR 2024 secara rasmi telah dilancarkan bagi pasaran di China pada awal Januari lalu. Model ini jika menembusi pasaran dinegara kita, pastinya bakal bersaing dengan produk Eropah yang telah lama bertapak di Malaysia. Pertama kali penulis melihat gambar motosikal ini agak terkejut.Sekilas pandang cukup cantik dan lengkap sepertimana model SBK yang sam