"KONGSI MINAT" RESiPI PENUBUHAN RIDER SOCIETY



"Kongsi Minat. Tag line yang mencatat sejarah. Tag line keramat tersebut telah melahirkan grup motosikal yang dinobatkan "Rider Society"(RS)




Tidak mustahil jika mempunyai minat yang sama dapat menyatukan pelbagai golongan,bangsa dan agama tanpa mengira peringkat umur.

Bermula pertengahan bulan Julai 2021, hasil perbincangan sewaktu perjumpaan mingguan menghasilkan satu idea dalam aspek menambah keahlian.




Menurut Salah seorang Admin grup yang lebih mesra di panggil Rayme berkata, disitulah bermulanya Tag Line keramat berkenaan. Kami jadikan ianya menu untuk menambahkan ahli 

Pemilihan untuk menjadi ahli RS tidak cerewet serta rasis. Keselamatan dan patuhi undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa adalah asas untuk menjadi ahli.




Mempunyai lesen motosikal dan cukai jalan motosikal yang sah.Itu asas yang menjadi keutamaan kepada setiap ahli mahupun mereka yang berminat untuk menjadi ahli RS. 

Minimum umur adalah 18 tahun.Dan tiada had maksimum. Jenama motosikal bebas tetapi mestilah 150cc keatas.



 

Ternyata undang-undang yang diterapkan kepada ahli RS membuahkan hasil.Impaknya kuantiti keahlian semakin bertambah saban hari. 

Legasi Rider Society tidak terhenti setakat di lembah klang, terkini keahlian RS menular ke seluruh Semenanjung malaysia. 

Siapa sangka grup motosikal berusia 3 tahun popularitinya begitu cepat dengan tag line yang berjaya mengamit pemilik motosikal sama kelas dengannya.




Paling membanggakan grup RS ini memiliki Tim Barisan Hadapan atau dikenali RS Rescue Team berfungsi sebagai tim bertindak cepat.

RS Rescue Team terdiri dari ahli yang berpengalaman dibidang mekanik,pengetahuan asas dalam bidang perubatan,saikoloji serta mudah digerakkan apabila diperlukan. 




Pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya beriadah sesama ahli, santuni ahli ditimpa musibah,mendidik ahli tatacara berkonvoi dengan mengadakan sesi penerangan dan praktikal.

Tidak ketinggalan juga menyertai aktiviti solat subuh berjemaah bersama rakan permotoran dari kelab lain di Masjid Putra baru-baru ini. 

Rider Society telah melebarkan sayap mereka dengan membuka satu lagi grup RS Zon Timur. Grup RS Zon Timur ini ahli-ahlinya dari Kelantan,Terengganu dan Pahang. 

Dimana mandat pentadbiran diamanahkan kepada grup RS di Kelantan disamping pemantauan masih lagi di bawah Rider Society Induk . 




Impak dari penubuhan berkenaan data menunjukkan keahlian Rider Society mencecah 320 orang di seluruh Semenanjung Malaysia. 

RS grup juga mempunyai penunggang wanita yang kental dan berpengalaman dalam dunia pemotoran seramai 30 orang. 




Walaupun majoriti ahli RS berumur bawah 30an jelas terpancar komitmen yang ditonjolkan setiap ahli cukup membanggakan.



Sikap toleransi,hormat sesama ahli teras utama dalam mengeratkan ukhwah sesama mereka. 

Kepujian harus diberikan kepada 14 orang pentadbir(Admin) Rider Society yang sentiasa menzahirkan idea-idea bernas demi keutuhan grup. 


Galeri :-














































































































































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ