Apakah Honda ADV350 2024 Akan Masuk Malaysia?

 




Honda Skuter Europe telah memperkenalkan model terkini Honda ADV350 2024 ke pasaran Eropah pada Nov lalu. 

Info yang kami terima speksifikasinya masih sama seperti model tahun 2023.Cuma yang jelas ianya dikemaskini dengan warna baharu. 



Di pasaran negara kita sememangnya model Skuter Adventure ini yang ditunggu-tunggu oleh peminatnya. 

Berkemungkinan besar model ini akan dibawa masuk ke negara kita pada tahun 2024. Atau ianya sekadar ramalan serta mimpi yang tidak menjadi kenyataan. 



Andaikata model Skuter Honda ADV 350 muncul di pasaran negara kita, pastinya model ini merupakan pesaing utama buat Zontes 350D atau Zontes 350E. 

Seperti yang kita semua lihat,perkembangan pasaran Skuter di Malaysia semakin pesat dan berjaya menambat hati peminat dua roda mutakhir ini. 

Speksifikasi Honda ADV350 2024:- 

1- Enjin Bersesaran 330cc. 

2 -Penyejukan Cecair (liquid Cool) 

3- 4 Stroke,4 Valve 

4- SOHC 

5- Single Silinder 

6- Euro 5, Transmisi Automatik CVT 

7- Kuasa maksimum 28.83hp 

8- Tork maksimum 31.5Nm @5,250rpm 

Menurut info yang kami terima,Honda ADV 350 2024 datang dengan 4 warna baharu.Iaitu Pearl Falcon Gray,Matt Coal Black Metallic,Matt Cool Pearl White dan Matt Pearl Pacific Blue. 




Sehingga artikel ini diterbitkan,HK belum menerima sebarang info tentang model Honda ADV350 2024 samada akan muncul atau tidak untuk pasaran di Malaysia. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ