Anak Jati Terengganu Muncul Juara Dunia MiniGP 2023


Qabil Irfan,anak kelahiran Terengganu baru saja dinobatkan sebagai Juara Dunia MiniGP 2023.Beliau telah muncul Juara keseluruhan Siri Dunia MiniGP 2023 yang diadakan di Valencia,Sepanyol.

Baru berusia 11 tahun, namun Qabil telah menunjukkan kecemerlangan bakat yang ada pada dirinya dengan melakarkan kemenangan hatrik selepas memenangi perlumbaan 1 dan perlumbaan 2 serta perlumbaan Superfinal yang diadakan di litar kart Ricardo Tarmo.


Dengan memenangi ketiga-tiga perlumbaan tersebut,Qabil telah meraih 100 mata bersih dan melayakkannya menjadi juara keseluruhan perlumbaan 160cc.

Tempat kedua menjadi milik pelumba Jepun, Kotaro Togashi yang mengumpul sebanyak 76 mata,sementara Enzo Zaragoza pelumba Sepanyol mendapat tempat ketiga dengan 65 mata.

Pada perlumbaan 1, jelas kemenangan menjadi milik Qabil, beliau mendominasikan perlumbaan berkenaan walaupun diikut rapat oleh Enzo Zaragoza dan Kotaro Togashi. 

Qabil tidak gentar pada kedua pesain tersebut,malah tidak menukar rentak tunggangan dan berjaya menjuarai perlumbaan berkenaan dengan catatan masa 10 minit dan 24,656 saat.


Menurut Qabil perlumbaan 2 agak getir.Pesaing utama Enzo Zaragoza seolah-olah tidak membuka ruang langsung untuk Qabil mencelah ke depan.

Namun nasib menyebelahi Qabil.Kelekaan Zaragoza telah memberinya ruang untuk memintas pelumba Sepanyol tersebut.Tanpa menoleh ke belakang, Qabil terus memecut jenteranya sehingga muncul juara perlumbaan dengan catatan 10:26.086 saat.

Tahniah kepada Qabil Irfan dan pasukan ZK Racing diatas kejuaraan yang telah melonjak nama Malaysia dipersada antarabangsa.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ