Pinjaman Motosikal Tanpa Faedah - PAS Terengganu

 




Pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung tarikh keramat 12 Ogos  2023 adalah tarikh rasmi belangsungnya Pilhan Raya Negeri (PRN). Topik sembang dikedai kopi mula berubah,ragam anak muda jelas terpana dengan berita berkenaan.

Berita itu juga menyaksikan parti-parti politik yang bertanding begitu rancak memancing undi dari orang ramai.

Selangor,Kelantan,Terengganu,Negeri Sembilan,Kedah dan Pulau Pinang merupakan enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri.




Pelbagai teknik dan taktik serta janji ditabur oleh wakil parti politik yang bertanding. 

Terkini, Pas Terengganu telah mengorak langkah yang lebih inovatif. Kemudahan pinjaman motosikal tanpa faedah bagi individu yang bekerja dengan pendapatan maksimum RM 4,000 sebulan.

Perkara tersebut disampaikan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Tawaran tersebut antara 10 janji manifesto Pas sekiranya berjaya memenangi PRN yang akan diadakan pada 12 Ogos nanti. 

Itu antara janji Kerajaan Pas yang akan ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya mendapat mandat dari rakyaat Terengganu menerajui negeri berkenaan. 

Pas negeri tidak mungkir janji sepertimana manifesto kami sewaktu PRU 14 lalu,tegas Ahmad Samsuri

Sebanyak 20 manifesto seperti yang dijanjikan telah ditunaikan sepanjang menerajui Kerajaan Terengganu,malah ada lagi yang sedang berjalan,ujar beliau. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ