Penyanyi Popular Era 80an Rohana Jalil Meninggal Dunia


Penyanyi popular era 1980an yang terkenal dengan lagu"Rayuan Ku" dikabarkan meninggal dunia pada jam 11.30 mlm tadi.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz(HCTM) Universiti Kebangasaan Malaysia (UKM).

Info yang kami terima, Rohana,68, telah dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat kebocoran Usus.

Kebocoran Usus yang dialami telah menyebabkan kuman telah merebak kebeberapa organ utama seperti buah pinggang,paru-paru dan juga jantung.
HK difahamkan, beliau meninggal dunia di sisi keluarga.

Berita sedih tersebut disahkan oleh rakan artis Zur Eda. "Kak Ana (Rohana) menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.33 malam," katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ