Kelab Motosikal FZ BOS DiRasmikan Di Bandar Warisan Batu Arang

 






Program "Santai Rewang" yang bertempat di Bandar Warisan Batu Arang, telah dianjurkan oleh Kelab Motosikal FZ BOS baru-baru ini. 

Kelab Motosikal FZ BOS,telah ditubuhkan pada 10 Mei 2021. Menurut En Afandi Amin,Pengasas Kelab Permotoran FZ BOS, penubuhan kelab berkenaan merupakan idea gabungan beliau dengan En Mohd Ariffin(king Ipin). 


Afandi Amin,Pengasas 
Kelab Motosikal FZ BOS


Semenjak penubuhan sehingga hari ini keahlian adalah seramai 60 orang.Ahli Kelab FZ BOS terdiri dari pelbagai profesion,ugama dan bangsa. 




Ahli Kelab FZ BOS menunggang pelbagai jenis motosikal 250cc ke atas.Dan kelebihan yang ada pada kelab ini ahlinya dari segenap pelusuk Semenanjung. 

Kelab FZ BOS merupakan sebuah kelab yang berdaftar bermula pada 10 Mei 2023. Program "Santai Rewang Di Bandar Warsan Batu Arang," merupakan program ulung selepas kelab berkenaan didaftarkan.




Program yang mendapat kerjasama sepenuhnya dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Pekan Batu Arang membabitkan penduduk setempat serta pelbagai grup bikers. 


ADUN Rawang 
Chua Wei Kiat


ADUN Rawang, Yang Berhormat Chua Wei Kiat  turut hadir ke program tersebut dan sekaligus merasmikan Kelab FZ BOS. 





Sumbangan Disampaikan kepada Asnaf
yang dijemput ke program berkenaan

Beliau selaku ADUN Rawang menyeru bikers yang hadir ke program 'Santai Rewang" membantu promosikan Bandar Warisan Batu Arang yang berusia hampir 115 tahun. 

Kelab motosikal FZ BOS juga di jemput mengadakan aktiviti pada tahun mendatang oleh YB ADUN Rawang di lokasi berkenaan. 


Kehadiran pelbagai kelab motosikal 


Mengakhiri program yang mendapat sambutan diluar jangkaan tetamu dihidangkan dengan alunan nyanyian oleh artis-artis tahun 1980an diketuai oleh Blank Gamma. 


Kehadiran Bikers dan Orang Ramai 
cukup membanggakan


Progam "Santai Rewang" yang julung kali diadakan di Bandar Warisan Batu Arang telah dihadiri oleh 400 penduduk setempat dan hampir 300 orang bikers dari seluruh Semenanjung.    


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ