Adakah Suzuki 800DE Akan Dilancarkan Hujung Minggu ini?

 



Terdengar di telinga Harian Kabar Suzuki Malaysia Sdn Bhd SMSB) akan melancarkan satu lagi model Suzuki V-Storm pada hujung minggu ini.Apakah benar kabar berkenaan? 

Kabar berita yang sampai kepada HK model yang akan dilancarkan merupakan rentetan kepada model Suzuki V-Storm 1050DE yang diperkenalkan kepada media dan umum sewaktu di Malaysia Autoshow di MAEPS yang lalu.  

Suzuki V-Storm 800DE, itulah model yang mungkin dilancarkan nanti. Andai benar berita tersebut,




Tampaknya model V-Storm di negara kita merupakan Ikon yang melonjakkan jenama Suzuki di negara kita.

Berbalik pada Suzuki V-Storm 800DE .Model ini berjaya memukau perhatian hadirin sewaktu di EICMA tahun lepas. 

Dipercayai ini model V-Storm yang tidak dikuasai oleh enjin V-Twin.



Malah enjinnya dikusakan oleh enjin 776cc kembar selari serba baharu yang dibangunkan di Hamamatsu,Jepun. 

Enjin baharu ini menawarkan kuasa dengan menjana 83hp pada 8,500rpm dan 79Nm pada 6,800rpm.




Suzuki V-Strom 800 DE dilengkapi dengan pakej elektronik lengkap termasuk Suzuki Intelligent Ride System (SIRS). 

Antara yang terkandung dalam SIRS ialah ride-by-wire, dan empat mod tunggangan termasuk mod Gravel, quickshifter, Suzuki Easy Start System dan Low RPM Assist. 




Segala maklumat dan akses tetapan eletronik boleh dilihat serta diubah melalui paparan TFT serba baharu.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ