Kelab Motosikal FZ BOS DiRasmikan Di Bandar Warisan Batu Arang
Program "Santai Rewang" yang bertempat di Bandar Warisan Batu Arang, telah dianjurkan oleh Kelab Motosikal FZ BOS baru-baru ini. Kelab Motosikal FZ BOS,telah ditubuhkan pada 10 Mei 2021. Menurut En Afandi Amin,Pengasas Kelab Permotoran FZ BOS, penubuhan kelab berkenaan merupakan idea gabungan beliau dengan En Mohd Ariffin(king Ipin). Afandi Amin,Pengasas Kelab Motosikal FZ BOS Semenjak penubuhan sehingga hari ini keahlian adalah seramai 60 orang.Ahli Kelab FZ BOS terdiri dari pelbagai profesion,ugama dan bangsa. Ahli Kelab FZ BOS menunggang pelbagai jenis motosikal 250cc ke atas.Dan kelebihan yang ada pada kelab ini ahlinya dari segenap pelusuk Semenanjung. Kelab FZ BOS merupakan sebuah kelab yang berdaftar bermula pada 10 Mei 2023. Program "Santai Rewang Di Bandar Warsan Batu Arang," merupakan program ulung selepas kelab berkenaan didaftarkan. Program yang mendapat kerjasama sepenuhnya dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Pekan Batu Arang m...