Skuter Hibrid Pertama Aveta VADV150 lancar di Malaysia

 



Skuter hibrid pertama VADV150 dengan Sistem Perakam Video Digital binaan dalam telah diperkenalkan oleh Aveta Malaysia Sdn Bhd di Malaysia Autoshow 2023 yang sedang berlangsung di Maeps,Serdang.



 

Salah satu Skuter termaju dengan teknologi terkini dan badan lebih ramping yang sesuai buat pengguna Urban itulah Aveta VADV150 Hybrid.




Informasi ringkas Skuter Hibrid pertama Aveta :  

1) Dijana oleh enjin 149cc penyejukan cecair, SOHC, 4-injap menghasilkan kuasa 12.1kW @ 8,500rpm dan tork 14.6Nm @ 6,500rpm. 

2) Sistem DVR kamera depan dan belakang merupakan ciri keselamatan tambahan yang membolehkan pemilik merakam dan berkongsi momen tunggangan. 

3) Saiz tangki minyak 9.3 liter cukup ideal untuk tunggangan harian. 

4) Lampu depan LED penuh dengan sistem pencahayaan adaptif (AFS) meningkatkan pandangan ketika tunggangan waktu malam. 

5) AFS menggunakan sensor pengesanan kelajuan kenderaan, sudut hendal dan lain-lain bagi melaras arah dan terang lampu depan. Ini membolehkan pencahayaan lampu disesuaikan dengan keadaan tunggangan yang berubah-ubah di samping meningkatkan penglihatan di jalan raya. 

6) Visor angin depan boleh laras 2-tahap memberikan perlindungan maksimum. 

7) Slot pengecas USB dan bluetooth. 

8) Paparan LCD TFT Pintar memaparkan maklumat motor misalnya angin tayar, kelajuan, posisi gear, perbatuan dan lain-lain. 

9) VADV150 Hybrid didatangkan dengan warna Yellow Topaz, Blue Sapphire dan Red Ruby.











 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ