Malaysia Autoshow 2023: EMOS lancar Kawasaki Z H2 SE .

 



Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) memperkenalkan tiga model Kawasaki Z H2 SE pada acara Malaysia Autoshow (2023). 




Di samping itu, EMOS turut memperkenalkan Kawasaki Z H2 SE. Jentera itu direka berdasarkan kepada konsep rekaan minimalis dan SUGOMI. Ia merupakan antara model istimewa yang menggunakan logo Kawasaki rivermark.


Kawasaki Z H2 SE dijana oleh enjin bersesaran 998cc dengan sistem penyejukan cecair berkuasa 194.4hp @ 11,000rpm dan tork 137Nm @ 8,500rpm. Sebagai jentera berkuasa tinggi, ia dilengkapi sistem brek Brembo stylema. 




Maklumat tunggangan dipaparkan melalui skrin TFT. Bukan itu sahaja, penunggang boleh menyambungkan telefon pintar dengan jentera ini menerusi RIDEOLOGY THE APP. 



Ciri-ciri yang terdapat adalah seperti berikut:

  • Kawasaki Quick Shifter (KQS)
  • Kawasaki Electronic control suspension (KECS)
  • KECS (Kawasaki Electronic Control Suspension) dengan Teknologi Showa Skyhook  hanya pada model Z H2 SE
  • Kawasaki Launch Control Mode (KLCM)
  • Kawasaki Cornering Management Function (KCMF)
  • Kawasaki Traction Control (KTRC)
  •  Kawasaki Intelligent anti-lock brake system (KIBS)
  • IMU – Enhanced chassis orientation awareness Kawasaki Z H2 SE didatangkan dalam dua warna iaitu kelabu dan Metallic Matte Graphene Steel Ebony. 

  • Jentera ini ditawarkan pada harga bermula RM97,800 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Ia bakal berada di pengedar Kawasaki 4S terpilih bermula hujung Jun 2023.

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ