DUCATI MONSTER 937 - 2021 AGRESIF DAN BERDAYA SAING

 




DUCATI Monster 937 keluaran 2021 bukan kaleng-kaleng motosikal.Tampak begitu Agresif dan merupakan Saingan dipasaran tempatan bagi yang sama kelas dengannya.

HK (HarianKabar) diberi peluang oleh Next Bike Sdn Bhd untuk menguji Monster 937 keluaran 2021 baru-baru ini. 

Menjadi kelaziman HK mentelaah apa yang terhidang pada sesebuah motosikal sebelum mengujinya. 

Hampir 13 tahun HK tidak menunggang motosikal keluaran Ducati,apatah lagi mengikuti perkembangannya. 

REKABENTUK :

Antara perkara asas yang menjadi tumpuan HK ialah rupabentuk dan kedudukan enjin Monster 937.  

Menghairankan kenapa Ikonik Trellis tidak dikekalkan untuk model ini. 

Terpampang pembaharuan yang lebih segar dan ketampakan model ini agak lebih kecil dan padat.



Apa yang jelas pelana(tempat duduk) lebih rendah jika dibandingkan dengan model sebelumnya. 

Apakah pihak Ducati menyedari isu tempat duduk merupakan salah satu strategi jualan di negara Asia? 

Tapi bagi HK,perubahan ini merupakan bonus bagi mereka yang ketinggian 1'58 ke bawah. Penunggang wanita mungkin sasaran utama model Ducati Monster 937.

PENGENDALIAN :

Nampaknya model ini masih mengekalkan identiti 'Monster' ,walaupun prestasi dan keterampilan berbeza, HK dapati ianya cukup enteng untuk dikendalikan. 

Gembar-gembur yang hinggap ditelinga HK selama ini model Ducati Monster 937 adalah liar dan sukar untuk dikendalikan ternyata meleset. 

Percubaan pertama mengujinya, mengambarkan motosikal ini bersesuaian untuk pelbagai lapisan baik lelaki atau wanita, otai mahupun anak muda.


 

Kenyataan ini disokong dengan berat yang ternyata telah disingkirkan dengan perubahan casis terkini iaitu aluminium komposit bahagian atas yang tampak lebih ringan. 

Secara automatik menjadikan Ducati Monster 937 18kg lebih ringan dari model sebelumnya.

Sub kerangka,rim,swingarm yang direka semula sepenuhnya.Kelihatan swingarm kerangka atas telah diubah kepada kerangka depan aliminium diadunkan dengan load-bearing.  

Perubahan ini memudahkan penunggang memusingkan hendal lebih luas serta menjadikan motosikal ini cukup mudah dikawal sewaktu melalui ruang sempit. 

Ergonomik salah satu ciri-ciri yang mempengaruhi tunggangan dan keselesaan penunggang. Jelas Monster 937 telah mengalamai sedikit perubahan. 

Tempat duduk dan hendal didekatkan,bermaksud penunggang tidak lagi dibebani dengan pada pergelangan tangan, 

Alasan ni disokong dengan posisi penunggang yang tampak lebih menengak serta kawalan terhadap model ini lebih baik serta meyakinkan.

Jika model ini dipraktikkan untuk tunggangan harian, Anda tidak tersilap dalam membuat penilaian. 

ENJIN :

Ducati Monster 937 model 2021 telah dbekalkan dengan enjin 90 darjah V-Twin. 

Padanan enjin baharu 937cc L-Twin Testastretta 11 sama seperti Ducati SuperSport,Multistrada 950 dan Hypermotard 950. 

Dinyatakan enjin berkenaan mampu menghasilkan 111 kuasa kuda(hp) pada 9,250rpm, tork puncak 93Nm pada hanay 6,500rpm. Hasil yang diuji sememangnya terbukti. 



Tork yang cukup kuat mengingatkan kepada HK,model ini bukan kaleng-kaleng dan penunggangnya dimestikan mengenali Monster 937 sebelum menunggang secara agresif. 

Apa yang HK boleh katakan Monster 937 sebuah jentera yang bertenaga dengan lontaran kuasa enjin yang memerlukan penunggang sentiasa fokus sewaktu melakukan pecutan.

TEKNOLOJI TINGGI:

Berbekal instrumen Eletronik serba terkini. Antaranya ABS Cornering,Traction Control,Wheelie Control,Mod, Smart power Mod. 

Bukan boleh dianggap enteng dengan segala sistem yang terhidang pada model ini. Dan bukan suatu masa yang singkat untuk menghafal semuanya. 

Setiap komponen berkenaan diuji melalui perjalanan yang jauh.Perbezaan setiap kali penukaran komponen-komponen tersebut mempengaruhi pengendalian,pecutan dan gaya tunggangan. 



DQS(Ducati Quick Shift) Up/Down jelas memudahkan penkaran gear disamping menjimatkan masa seaktu penukaran gear tanpa perlu menggunakan klac. 

Paling ketara sistem berkenaan mempengaruhi enjin Braking serta meningkatkan pecutan. Pujian harus diberikan kepada jurutera enjin Ducati . 

Kenyataan tersebut disokong melalui Penerapan Sistem Power Mod.Penunggang boleh memilih lontaran kuasa enjin mengikut kesesuaian menunggang. 

Dapat dirasakan karekter sporty pada monster 937 apabila ianya diperkemaskan dengan Launch Control atau ringkasnya enjin boleh dihidupkan dengan pantas.



Bagi mereka yang suka menunggang jarak jauh,usah risau model Ducati Monster 937 tidak akan memenatkan Anda.HK buktikan dengan mengujinya sejauh 785km. 

Harga yang tidak masuk akal dengan pelbagai komponen mutakhir masih boleh dianggap murah .tawaran harga RM69,900 dianggap munasabah. 

"Naked Bike" berprestij"Tidak Rugi Memiliki,Menyesal Tidak Membeli". 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ