UlangTahun Ke 10 SIBU INTERNATIONAL BIKE WEEK Bergaya,Berdisplin dan Berprinsip

 



Sibu International Bike Week melabuhkan tirai 2022 acara permotoran di Bumi Sarawak dengan penuh 'Bergaya','Berdisplin' dan 'Berprinsip.'  

Menyingkap sejarah, bermulanya Sibu International Bike Week bermula dengan keinginan mengumpulkan teman-teman permotoran. 




Tahun 2011,maka tersingkaplah lembaran baru di bumi Sibu. Perhimpunan motosikal secara sederhana tetapi meriah.

Razak Penganjur Acara


Impak positif dari rakan-rakan sama minat yang hadir menaikkan semangat Razak dan Isteri,Siti Khatijah untuk teruskan apa yang di cetus.

Tiada erti letih, sekali melangkah maka tidak mudah untuk undur ke belakang. Terbukti iltizam pasangan berkenaan membuka mata kerajaan negeri serta penduduk setempat. 




Peniaga tempatan turut merasai limpahan rezeki ekoran penganjuran berprestij tersebut. Namun lain pula dipihak pelancongan. Kejutkan anjakan paradigma berlaku.

Acara 1st Sibu Bike Week mencelikkan mata pemilik motosikal dari luar dan menarik perhatian mereka untuk berkunjung ke Sibu. 

Perhimpunan pemilik motosikal yang julung kali diadakan itu terserlah mampu bertahan sehingga kini.

Jelas majoriti pemilik motosikal serta peminat dua roda di bumi Sarawak merasakan tidak lengkap sekiranya tidak hadir setiap kali Sibu International Bike Week diadakan.



Pengunjung yang hadir mendaftar 


Mengikut kalendar Sibu International Bike Week, tahun 2020 merupakan sambutan Ulangtahun ke 10. Namun gejala Covid -19 membantutkan segala perancangan. 

Terdampar jelas elemen 'Displin' diterapkan pada penganjuran kali ini.




Antaranya ialah waktu untuk persembahan muzik dihadkan sehingga jam 11 malam.Laluan motosikal didalam tapak acara dilencongkan menjadi sehala.

Penganjuran Ulangtahun Ke 10 Sibu International Bike Week juga mempamerkan 'Prinsip' menjurus kepada hormat pengunjung sepanjang berada acara berkenaan. 





Penganjur jelas menjaga keharmonian dan keselesaan buat pengunjung .Contohnya kemasukan motosikal ke tapak acara. 





Pemilik motosikal yang berdaftar sahaja dibenarkan membawa masuk motosikal ke dalam tapak. Sementara mereka yang tidak berdaftar dibenarkan masuk tanpa motosikal.



Langkah sedemikian terpaksa dilakukan bagi menjamin keselamatan pengunjung, mengekang dari pencemaran bunyi dan pencemaran udara hasil dari asap motosikal.


Apa Rahsia kejayaan Sibu International Bike Week? 

1.Kepercayaan dan Hormat. 

Ini adalah tunggak yang dipraktikkan seawal penganjuran hingga kini. Semua pemilik motosikal adalah potensi sebagai kawan. 

2. Perubahan Lanskap.

Sentiasa mengemaskini susuatur tapak acara. Pemantauan isu-isu terkini berhubung penganjuran acara permotoran.

Mencari idea-idea segar demi memantapkan lagi penganjuran mengikut trend masakini.

3. Pendekatan Inklusif

Pendekatan terhadap bikers secara 'Inklusif' . Berkonsepkan meramaikan kawan serta mendengar keluhan pengunjung menjadi faktor terdorongnya kejayaan. 

Penyaluran maklumat lokasi penginapan,Hospital,Balai Polis serta info-info asas demi kemudahan pengunjung luar dari Sarawak. 

4.Membina rangkaian. 

Faktor ini merupakan langkah terbaik dalam menyantuni pengunjung agar tidak serik untuk berkunjung ke acara tersebut.

Rangkaian yang terbina melalui hubungan akrab dengan Presiden Kelab motosikal dari pelbagai negara luar dan dalam negeri terbukti berkesan. 

Hasilnya pertambahan secara mendadak, saban tahun kehadiran pemilik dan peminat motosikal dari luar negara ke acara. 

4. Penambahbaikan Terbuka 

Demi merelisasikan kejayaan, rungutan dan komen negatif dari pengunjung harus didengari. Impak dari penganjuran lalu perlukan tindakan susulan secepat mungkin. 

"Sebagai penganjur kita kena buang sikap ego, teguran dan keluhan mesti diambik kira. Jangan sampai kita dianggap penganjur syok sendiri," demikian tegas Razak.


Razak dan Isteri Penganjur SIBW

Menganjurkan acara permotoran ibarat kita sedang menunggang melalui selekoh yang tajam,jika berhati-hati sewaktu menunggang maka selamatlah kita. 

Namun jika diri kurang mahir lalui selekoh tersebut belajarlah dari mereka yang berpengalaman, ujar Razak mengakhiri temuramah bersama Hariankabar(HK).




HK sempat menemubual pengunjung yang hadir,jelas majoriti yang hadir boleh dikategorikan melepaskan rindu pada acara tahunan terbesar di Borneo ini. 

10th Anniversary Sibu International Bike Week, telah diresmikan oleh Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri  Haji Abdul Karim Rahman Hamzah  

Beliau juga merupakan seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi.


Datuk Sri Karim berucap meresmikan SIBW 2022


"Tidak dinafikan Sibu Bike Week berjaya menggamit warga negara jiran secara sistematik berkunjung ke Sibu khususnya dan Sarawak amnya," kata Dato Sri Abdul Karim.

Rutin acara Sibu International Bike Week seperti tahun sebelumnya diteruskan. 


3 buah motosikal yang terlibat dalam acara Burn Out

Antaranya ialah pertukaran cenderahati kelab-kelab motosikal yang hadir cabutan bertuah ,Burn Out,Auto Show,Zumba dan Mr Sibu Bike Week.


Kak Mira Lady Bikers dari Semenanjung bertukar
Cenderahati dengan Datuk Sri Karim


Penghormatan kepada Vendor yang telah 10 tahun berniaga di Sibu Bike Week turut juga di adakan.

Cikgu Mie Kelate vendor dari semenanjung mendapat penghormatan tersebut.Beliau tidak pernah terlepas berniaga di Sibu Bike Week dari tahun 2011 hingga sekarang.

 

Omar Jumiran yang bertindak sebagai juri bagi acara pertandingan motosikal Kustom juga turut dijemput.



Beliau mendapat tempat ke 2 di Pertandingan Motosikal Dunia AMD Championship di Jerman 2018. 

Tidak dapat disangkal atau remehkan Sibu international Bike Week bukan kaleng-kaleng acara permotoran dan sememangnya bertaraf antarabangsa.

Keabsahannya peningkatan pengunjung serta pemilik motosikal dari pelbagai negara semakin ketara disepanjang acara. 

Sokongan padu dari Kerajaan negeri akan lebih memeriahkan acara. 


Galeri 10th Anniversary SIBW 2022.






















































































































































 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ