Perodua AXIA Terbakar Selepas Dirempuh BMW

 



Sudahlah langgar lampu isyarat warna merah, kena rempuh dan terus terbakar,demikian nasib sebuah Perodua Axia. 

Kejadian kemalangan yang membabitkan sebuah Perodua Axia dan BMW 320i telah berlaku di simpang empat lampu isyarat, jalan sungai ujong berhampiran bangunan Palm Mall. 

Insiden berlaku apabila sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki dari arah Petron sungai Ujong menuju ke arah Time Hotel,Seremban. 

Setibanya dilokasi,pemandu Perodua Axia telah melanggar isyarat lampu merah dari arahnya dan terus membelok ke kanan untuk masuk simpang. 

Datang sebuah kereta BMW320i yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan  tidak sempat mengelak terus melanggar Perodua Axia tersebut. 



Akibat rempuhan yang kuat dari kereta BMW320i menyebabkan Perodua Axia tersebut berpusing lalu terbabas serta terus menaiki tembok tengah pembahagi jalan dan melanggar tiang lampu isyarat. 

Kesannya Perodua Axia tersebut terbakar keseluruhannya. Kedua pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kebakaran tersebut telah berjaya dipadam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat yang datang ke lokasi kemalangan.Kes disiasat di bawah Rule 17 LN 167/59 dan siasatan masih dijalankan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ