Denda 10k Atau Berdepan Hukuman Penjara Bagi Kesalahan Modifikasi Enjin Dan Paip Ekzos Motosikal

 



Berfikirlah terlebih dulu sebelum modifikasi enjin dan mengubahsuai paip ekzos motosikal anda. Denda dan hukuman yang menanti teramat berat tidak lama lagi. 

Terkini  Akta Pengangkutan Jalan 1987 bakal dipinda dalam meningkatkan hukuman kesalahan pengubahsuaian enjin motosikal dan paip ekzos.


 

Denda sekarang ini adalah RM300 akan ditingkatkan kepada RM 10,000. Pesalah juga dibawah akta baharu yang bakal dilaksanakan akan berdepan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah di mahkamah.

Menurut Ketua Setausaha Kementerian Pengangkutan, pindaan yang dicadangkan dalam peringkat awal merupakan penglibatan dan rundingan dengan pihak yang berkepentingan.




Denda itu perlu dinaikan,kerana mutakhir ni remaja yang bermotosikal secara terang-terangan melanggar undang-undang dan berminat menyertai perlumbaan haram,jelas Datuk Isham Ishak.

Bukan setakat penunggang motosikal sahaja yang bakal berdepan dengan denda dan hukuman yang bakal dilaksanakan nanti,malah ianya juga membabitkan Ibubapa.





Ibubapa juga bakal dikenakan kompaun membenarkan anak-anak menyertai lumba haram dan pemilik bengkel pula kerana mengubahsuai enjin motosikal.

Denda RM300 mereka mampu bayar, jadi cadangan naikkan penalti kepada RM10,000 adalah memberi kesedaran kepada mereka denda yang berat menanti serta bahayanya menyertai perlumbaan haram,ujar Datuk Isham.




Kementerian Pengangkutan turut mencadangkan untuk wujudkan lorong motosikal di semua jalan negeri dan persekutuan.

Di bawah rancangan berkenaan,kementerian turut mencadangkan bagi mewajikan Sistem ABS bagi semua motosikal 150cc dan ke atas. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ