1 Januari 2023 Whatsapp Hentikan Perkhidmatan Di Telefon Pintar - Lihat Senarai

P erkhidmatan Whatsapp secara automatik akan dihentikan di beberapa jenama telefon bermula 1 Januari 2023. Perkhidmatan yang paling popular dan cepat, Whatsapp tidak akan aktif pada jutaan telefon pintar versi lama bermula tahun depan. Sumber dari Daily Mail memaklumkan,pemilik telefon pintar model iPhone dan Android yang lama tidak lagi akan berpeluang selepas 31 Disember 2022 menggunakan perkhidmatan Whatsapp tanpa mendapat kemaskini. Sebanyak 49 jenama telefon tersenarai termasuk iPhone 5 atau 5c serta beberapa model Huawei, Samsung dan LG. Pengguna atau pemilik telefon yang tersenarai akan menerima amaran dari Whatsapp sebelum perkhidmatan berkenaan terhenti. Tidak mempunyai kemas kini keselamatan atau kemungkinan tidak mempunyai fungsi yang diperlukan untuk mengaktifkan perkhidmatan Whatsapp. Itu penyebab sistem pesanan Whatsapp dihentikan dari telefon anda. Pemilik atau pengguna telefon pintar iPhone atau peranti lain boleh mengemaskini sistem pengendalian...