The Ultimate Gathering Yamaha & Honda Gegarkan Litar Permotoran Terengganu

 


Jenama bukan pemisah, Jenama adalah pilihan untuk bergaya.

The Ultimate Gathering Yamaha & Honda sesungguhnya menceritakan betapa anak muda khususnya rindukan acara perhimpunan motosikal sama kelas dengannya.

Sapa sangka acara yang dirancang dalam waktu yang singkat berjaya mengegarkan Litar Permotoran Terengganu. 

Kehadiran hampir 10 ribu pemilik Honda EX-5 seolah mimpi. Kemunculan pemilik Yamaha Y15 dan Y16 juga tidak kurang hebatnya.

Jelas komuniti motosikal 150cc ke bawah harus dihormati.tiada rasis antara mereka, bertegur sapa,berkongsi pengalaman walaupun jenama motosikal berbeza. 

Inilah yang dikatakan Dunia 2 Roda,tanpa mengenal batas usia,agama,bangsa dan keturunan.

"Diluar jangkaan," itu yang terpacul dari mulut penganjur Mohd Fazli A.Rahman@Jaafar, bila ditanyakan pandangan isu kehadiran pemilik motosikal ke acara tersebut.

Mohd Fazli - Penganjur Acara

Menurut Mohd Fazli, timbang tara terhadap majoriti pemilik 'dwi jenama' tersohor, Yamaha dan Honda memberikan ilham kepada beliau untuk adakan acara ini.


Seramai 30 tenaga kerja terlibat dalam menjayakan The Ultimate Gathering.Lokasi yang dipilih sinonim dengan aktiviti. 

Litar Permotoran Terengganu terletak di Gong Badak merupakan lokasi khusus acara permotoran. Kemudahan yang terdapat di litar berkenaan memenuhi citarasa peminat acara permotoran. 

Penambahbaikan penganjuran diwaktu mendatang masih boleh diperbaiki sekiranya penganjur mendapat suntikan dana yang mencukupi. 

Penganjuran acara The Ultimate Gathering Yamaha & Honda yang julung kali diadakan tanpa sebarang suntikan dana mempunyai aura tersendiri. 

Perakuan dari pemilik motosikal yang hadir membuat penganjur tersenyum. 

Jawapan dari mereka cukup menarik, tidak serik untuk hadir ke negeri Terengganu seandainya acara yang sama diadakan di tahun berikutnya. 

Jarak bukan halangan,namun ukhwah pemilik motosikal sama kelas mengamit kehadiran pemilik motosikal 'dwi jenama' dari seluruh semenanjung ke acara tersebut.

Bagi Mohd Fazli, tidak terlintas di minda perkataan serik dalam menganjurkan acara perhimpunan motosikal walaupun berdepan kemelut kewangan. 

Dunia permotoran di negara kita luas.Generasi demi generasi tidak akan berhenti meminati motosikal,ujar Mohd Fazli. 

Legasi permotoran di negeri Terengganu semakin berkembang,apatah lagi dengan kemunculan pelbagai model motosikal di pasaran negara kita. 

Sebagai anak jati Terenganu,saya terpanggil untuk menyatukan peminat motosikal di bawah 150cc seluruh Malaysia datang ke negeri Terengganu.

Kami akan pertontonkan kepada mereka apa yang ada di negeri 'Cantik,Budaya Menarik dan Orangnya Baik-Baik.'  

Moto Show, Retro Race serta cabutan hadiah bertuah menghiasi acara The Ultimate Gathering.            

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ