Tayar Pesawat Tercabut Sewaktu Mula Meluncur Ke Udara

 
Perhatikan pada bulatan merah, tayar yang tercabut
dari pesawat sewaktu berlepas

Pesawat tercabut tayar sewaktu berlepas. Sesuatu yang pasti mengusarkan andai kita merupakan salah seorang penumpang.

Pastinya soalan utama,bagaimana hendak mendarat tayar sudah tercabut? Tular sebuah pesawat Boeing 747 berdepan dengan detik cemas sewaktu berlepas apabila sebiji tayarnya tercabut. 

Insiden mencemaskan itu berlaku di lapangan terbang di bandar Taranto,Itali. Menurut sumber, tayar berkenaan terbakar secara tiba-tiba sewaktu pesawat sedang meluncur di landasan.

Asap hitam di lihat keluar dari bahagian bawah tayar yang longgar pada pesawat Boeing 747- 400 Dreamlifter sewaktu mula meluncur ke udara.


 

Tayar tersebut telah jatuh melantun ke tanah. Tayar tersebut telah dijumpai semula di luar kawasan lapangan terbang berkenaan. 

Nasib menyebelahi penumpang dan anak kapal pesawat tersebut. Insiden berkenaan tidak menganggu pergerakan pesawat 747-400 Dreamlifter bagi meneruskan penerbangan menuju ke destinasi. 

Pesawat berkenaan difahamkan menuju ke Carolina Utara,Amerika Syarikat telah selamat mendarat tanpa sebarang masaalah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ