CAKNE -PETRON (KLV ELITE) TQ RIDE

 

 



Satu program bermotosikal seramai 10 orang diketuai oleh Hj Mohd Shah Awaluddin Pengasas CAKNE telah mengunjungi 27 stesen minyak Petron di sekitar lebuh raya Lembah Kelang baru-baru ini.

Program jelajah ke 27 Stesen Minyak Petron di sekitar lebuh raya Lembah Kelang diadakan selama 2 hari.

Program bertujuan bagi merakamkan terima kasih serta menyampaikan penghargaan kepada 27 Stesen Minyak Petron berkenaan diatas usaha membantu menjanakan dana buat kanak-kanak penghidap kanser.

Projek mengumpulkan dana bagi Persatuan Sokongan Kanser Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia atau CAKNE telah bermula dari bulan Julai tahun ini dan berakhir pada September. 

Menurut Puan Syahira Azad Jamaludin, kesemua stesen minyak Petron yang terlibat mengumpulkan dana melalui penjualan air mineral. 

Setiap 10 sen dari hasil jualan air mineral berkenaan disalurkan kepada dana tersebut. Ini termasuk jualan pin riben emas berharga RM 10 bagi menambah jumlah dana. 

CAKNE ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Hj Mohd Shah Awaluddin bersama isterinya Puan Nor Hashimah Sulaiman. 

Objektif CAKNE adalah menyediakan sokongan Holistik  kepada pesakit kanser kanak-kanak dan ahli keluarga mereka tanpa mengira bangsa,agama dan keturunan.

CAKNE juga berperanan mendidik pesakit dan masyarakat tentang kanser kanak-kanak.


Kesudian syarikat-syarikat gergasi,badan berkanun atau usahawan yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringkan perjuangan CAKNE amatlah dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian CAKNE 06 - 6013450/011-10780255.

Orang ramai juga boleh layari laman sesawang , www.cakne.org.my atau FB. cakne.ppukm. CAKNE juga boleh dihubungi melalui email -cakneppukm@gmail.com.




 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ