Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2022

Misi Ziarah Dan Tunaikan Hajat Adik Tasya Terlaksana

Imej
Bikers yang hadir abdikan kenangan bersama Adik Tasha baju merah Misi tujuh grup motosikal berkuasa tinggi dalam melunaskan hajat adik Tasya terlaksana. Adik Tasya merupakan penghidap Kanser Darah Tahap 4.  Natasyha Mohd ,17, mula diserang penyakit kanser sejak tahun 2014. Beliau adalah anak bongsu kepada pasangan Mohd Haszemi Mat Isa dan Zaiton Awang. Semenjak diserang penyakit kanser Natasha terpaksa mengundurkan diri dari alam persekolahan. Penyakit Kanser Darah yang dialaminya semakin serius.  Pergerakan beliau semakin terbatas termasuklah untuk duduk dikerusi dalam waktu yang lama.Menurut Puan Zaiton tanpa bantuan seseorang saya tidak yakin Tasha mampu melakukannya sendiri. Pn Zaiton yang sentiasa disisi anak bongsunya   "Adik Tasha cukup berminat dengan motosikal berkuasa tinggi," demikian menurut kak Long jiran sekampung remaja berkenaan yang juga memiliki motosikal berkuasa tinggi.  Demi merealisasikan hajat remaja berkenaan, info telah disalurkan kepada Presiden Kela

Tayar Pesawat Tercabut Sewaktu Mula Meluncur Ke Udara

Imej
  Perhatikan pada bulatan merah, tayar yang tercabut dari pesawat sewaktu berlepas P esawat tercabut tayar sewaktu berlepas. Sesuatu yang pasti mengusarkan andai kita merupakan salah seorang penumpang. Pastinya soalan utama,bagaimana hendak mendarat tayar sudah tercabut? Tular sebuah pesawat Boeing 747 berdepan dengan detik cemas sewaktu berlepas apabila sebiji tayarnya tercabut.  Insiden mencemaskan itu berlaku di lapangan terbang di bandar Taranto,Itali. Menurut sumber, tayar berkenaan terbakar secara tiba-tiba sewaktu pesawat sedang meluncur di landasan. Asap hitam di lihat keluar dari bahagian bawah tayar yang longgar pada pesawat Boeing 747- 400 Dreamlifter sewaktu mula meluncur ke udara.   Tayar tersebut telah jatuh melantun ke tanah. Tayar tersebut telah dijumpai semula di luar kawasan lapangan terbang berkenaan.  Nasib menyebelahi penumpang dan anak kapal pesawat tersebut. Insiden berkenaan tidak menganggu pergerakan pesawat 747-400 Dreamlifter bagi meneruskan penerbangan menuj

The Ultimate Gathering Yamaha & Honda Gegarkan Litar Permotoran Terengganu

Imej
  J enama bukan pemisah,  J enama adalah pilihan untuk bergaya. The Ultimate Gathering Yamaha & Honda sesungguhnya menceritakan betapa anak muda khususnya rindukan acara perhimpunan motosikal sama kelas dengannya. S apa sangka acara yang dirancang dalam waktu yang singkat berjaya mengegarkan Litar Permotoran Terengganu.  Kehadiran hampir 10 ribu pemilik Honda EX-5 seolah mimpi. Kemunculan pemilik Yamaha Y15 dan Y16 juga tidak kurang hebatnya. Jelas komuniti motosikal 150cc ke bawah harus dihormati.tiada rasis antara mereka, bertegur sapa,berkongsi pengalaman walaupun jenama motosikal berbeza.  Inilah yang dikatakan Dunia 2 Roda,tanpa mengenal batas usia,agama,bangsa dan keturunan. "Diluar jangkaan," itu yang terpacul dari mulut penganjur Mohd Fazli A.Rahman@Jaafar, bila ditanyakan pandangan isu kehadiran pemilik motosikal ke acara tersebut. Mohd Fazli - Penganjur Acara Menurut Mohd Fazli, timbang tara terhadap majoriti pemilik 'dwi jenama' tersohor, Yamaha dan Hon

CAKNE -PETRON (KLV ELITE) TQ RIDE

Imej
    Satu program bermotosikal seramai 10 orang diketuai oleh Hj Mohd Shah Awaluddin Pengasas CAKNE telah mengunjungi 27 stesen minyak Petron di sekitar lebuh raya Lembah Kelang baru-baru ini. Program jelajah ke 27 Stesen Minyak Petron di sekitar lebuh raya Lembah Kelang diadakan selama 2 hari. Program bertujuan bagi merakamkan terima kasih serta menyampaikan penghargaan kepada 27 Stesen Minyak Petron berkenaan diatas usaha membantu menjanakan dana buat kanak-kanak penghidap kanser. Projek mengumpulkan dana bagi Persatuan Sokongan Kanser Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia atau CAKNE telah bermula dari bulan Julai tahun ini dan berakhir pada September.  Menurut Puan Syahira Azad Jamaludin, kesemua stesen minyak Petron yang terlibat mengumpulkan dana melalui penjualan air mineral.  Setiap 10 sen dari hasil jualan air mineral berkenaan disalurkan kepada dana tersebut. Ini termasuk jualan pin riben emas berharga RM 10 bagi menambah jumlah dana.  CAKNE ditubuhkan pada