Penutup Muka Akhirnya Tidak Lagi Wajib dipakai.....Tetapi?

 

Terkini Pelitup Muka tidak lagi diwajibkan di dalam bangunan.Namun ianya masih berkuatkuasa bagi mereka yang bergejala dan disahkan positif Covid-19. 

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ianya berkuatkuasa serta merta.    Menurut beliau,berdasarkan penilaian situasi Covid-19 dan juga penilaian semasa,pemakaian penutup muka(mask) di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu. 

Namun pemilik premis boleh menentukan samada pengunjung wajib memakai pelitup muka(mask) atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka. 

Tetapi harus diingat individu yang bergejala diwajibkan memakai pelitup muka,tegas Khairy dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan IGBA-MOPI 2022 hari ini. 

Pemakaian pelitup muka masih lagi diwajibkan semasa menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, kereta api termasuk perkhidmatan e-hailing, kapalterbang,bas sekolah serta berada di fasiliti kesihatan. 

Penguatkuasaan pemakaian pelitup muka adalah berdasarkan peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ