CFMOTO 450SR Bakal DiLancarkan Di Malaysia Oktober Nanti

 




Model SportBike Kelas pertengahan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang berjiwa kelajuan. Model ini diperkenalkan pada Mac lalu. 

CFMoto 450SR sebuah motosikal segmen SportBike. Ianya merupakan model yang dibangunkan nukilan prototaip SR-C21. 

450SR adalah kesinambungan model 250SR yang hampir 3 tahun berada di pasaran negara kita. 

Sambutan peminat dua roda di Malaysia terhadap produk CFMoto siri SR cukup mengalakkan.Buktinya permintaan terhadap model CFMoto 250SR cukup tinggi. 

Harian Kabar(HK) difahamkan majlis pelancaran model CFMoto 450SR bakal diadakan pada 22 Okt nanti bersempena MotoGP Malaysia. 

CFMoto berjaya membuka mata peminat MotoGP dengan kemunculan pasukan mereka di perlumbaan MotoGP kelas3 pada tahun ini.


CFMoto bukan satu nama besar dipersada perlumbaan MotoGP, namun dengan tersenarai 10 pasukan terbaik di kelas Moto3 merupakan cabaran buat pasukan yang bertanding. 

Speksifikasi CFMoto 450SR : 

1) Enjin dua silinder selari 450cc dengan maksimum kuasa 37kw@9500rpm. 

2) Tork 39N·m@7600rpm 

3) Clutch - Wet multi plate 


Model 450SR ini boleh dikategorikan sebuah motosikal yang berupaya berinteraksi dengan penunggangnya melalui paparan meter TFT dan T-Box.


HK juga difahamkan model 450SR hanya mengambil masa 5 saat sahaja untuk memecut dari 0-100km.Ini setanding dengan motoskal 600cc. 

CFMoto dalam kenyataannya menyatakan 450SR telah berjaya merekodkan kelajuan maksima 190km/j. 

Kenyataan berkenaan disokong dengan rekabentuk 450SR yang sporty dan agresif serta ditambah dengan 'Winglet' tersergam pada kiri dan kanan di fairing depan. 

Bagi mereka yang tertunggu-tunggu kemunculan model 450SR, diharap bersabar buat seketika.

Nantikan kemunculannya pada MotoGP di negara kita di bulan Oktober nanti.

Community Verified icon
Community Verified icon

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ