Suzuki GSX - S1000 Mantap Dan Liar

 


Suzuki GSX - S1000 sebuah Naked yang lebih berkuasa dari GSX - S750. Ianya merupakan generasi kedua yang mana generasi sebelumnya diperkenalkan pada tahun 2015.  

HK berpeluang menunggang uji jentera ini selama 4 hari. Tidak dinafikan lontaran kuasa yang ada pada Suzuki GSX - S1000 bukan kaleng-kaleng. 

Mantap namun Liar. Kenapa penulis takrifkan sedemikian?

Hasil tunggang uji yang dijalankan, yang pastinya model ini bukannya sebuah 'Naked' bagi mereka yang baru berjinak dengan dunia motosikal berkuasa tinggi. 

Kenyataan berkenaan dikuatkan lagi apabila penulis menguji kemampuan model ini dari pelbagai sudut.


Gaya tunggangan,kuasa yang dikeluarkan,teknoloji yang memerlukan perhatian khusus sebelum atau sewaktu menunggang dan terpenting pengendalian.

Ketepatan memilih instrumen eletronik yang terhidang merupakan kunci utama dalam mengendalikan Suzuki GSX - S1000. Tersilap pilih mengundang padah. 

Senang cerita sebelum berniat untuk mulakan perjalanan jauh dengan jentera ini, dinasihatkan supaya kerap menunggang dalam pelbagai situasi dijarak yang dekat demi menyesuaikan diri anda dengan jentera.

Suzuki GSX - S1000 telah dinaik taraf  iaitu enjin 999 inline telah mencapai standard Euro 5.  Dengan 150hp pada 11,000rpm lebih berkuasa dari model sebelumnya iaitu 143hp. 

Intake baru, camshaft ekzos,kotak udara baru dan spring valve baru. 

Seperti penulis katakan tadi model ini dibekalkan dengan instrumen eletronik yang perlu diberi perhatian khusus sebelum menunggang mahaupun sewaktu menunggang. 

Ini senarai Pakej Eletronik yang terhidang pada model GSX - S1000. 

1.Suzuki Intelligent Ride System (SIRS). 

2. Suzuki Drive Mode Selector (SDMS). 

3. Suzuki Clutch Assist System .

4. Quick Shifter. 

Penulis paling teruja bila melihatkan lampu hadapan yang unik rekaannya seolah-olah Robocop. Kecil namun cukup terang simbahan cahaya pancaran LED dari lampu hadapan jentera ini. 


Ujian lampu ini penulis lakukan diwaktu malam lokasi teramat gelap menjadi pilihan. Sambil memakai topi keledar bervisor gelap. 

Hasilnya memberangsangkan,Ini bertujuan memastikan lampu tersebut berfungsi mengikut kehendak penunggang.

Sekiranya penulis menggunakan topi keledar visor cerah, pastinya tiada keraguan menunggang waktu malam hasil simbahan cahaya dari lampu GSX-S1000. 

Harga yang ditawarkan adalah RM 76,900. Kepada pencinta kelajuan tidak menyesal memiliki jentera ini. 

Prestasi enjin yang hebat,berteknoloji moden dan bakal membuat anda mengigau untuk memilikinya. Satu isu yang menjadi persoalan iaitu Brek Kaliper. 

Suzuki GSX-S1000 agak pelik dari segi pengunaan brek kaliper. Brek hadapan menggunakan kaliper jenama brembo dengan dwi cakera.

Tetapi brek belakang dipasangkan kaliper jenama Nissin dengan cakera tunggal.Sepanjang ujian dilakukan tiada sebarang masaalah dari segi cengkaman pada kedua kaliper berkenaan. 

Pelik, kenapa jenama kaliper brek yang berbeza diadunkan untuk sistem keselamatan. Sedangkan brek merupakan elemen paling mustahak bagi keselamatan penunggang. 

Kapasiti 19 liter bahan bakar .Penulis dapati pengunaan bahan bakar jentera ini bergantung kepada cara tunggangan. 

Kekerapan penukaran gear jelas mempengaruhi pengunaan bahan bakar. Ini terbukti dengan peranti Qucik Shifter Up n Down yang sedia terhidang pada GSX-S1000. 

Penukaran gear menjadi bertambah cepat tanpa perlu menarik klac. Sepanjang ujian dilakukan penulis tidak merasakan sebarang sentapan sewaktu penukaran gear. 

Dari sudut melayari selekoh. Penulis tidak merasakan model ini sebuah jentera yang sukar untuk dikawal semasa mengambil selekoh,di dalam selekoh mahupun keluar dari selekoh dalam waktu cepat atau perlahan.

Namun pastikan anda khatam dulu Suzuki GSX-S1000 sebelum menunggang secara drastik. 

Secara peribadi penulis kalsifikasikan Suzuki GSX-S1000 merupakan sebuah jentera yang di terapkan kepada 3 kategori iaitu Animasi,Moden dan Kepuasan. 

Otai-otai bikers pernah berkata, lebih baik anda kenali motosikal, jangan biarkan motosikal tidak mengenali anda. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ