Honda ADV 160 Varian CBS Dan ABS DIlancarkan Di Pasaran Indonesia
Tampaknya Honda sekali lagi menjadikan negara Indonesia sebagai lokasi utama dalam melancarkan Skuter terkini ADV 160 2022.
Honda ADV 160 dalam dua pilhan varian iaitu CBS dan ABS telah dilancarkan secara rasminya dengan penawaran enam warna pilihan.
Menurut P.T. Astra Honda Motor(AHM) pengedar utama motosikal Honda di Indonesia menyatakan harga bagi varian CBS ialah Rp 36,000,000 (RM 10,620.10) dan bagi varian ABS Rp 39,250.000 (RM 11,568.07).
Sudah pasti Honda ADV 160 punyai sedikit perbezaan dari model ADV 150. Dapat di lihat dari gambar yang HK terima ADV 160 tampak gagah dan lebih sporty.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh AHM, ADV 160 dibekalkan dengan enjin eSP terkini 159cc ,4 valve disamping kelengkapan berserta teknoloji terkini.
klik link untuk lihat video ADV 160
Ulasan
Catat Ulasan