Hanya 800 Unit Sahaja Edisi Repsol Honda CBR 150R Di Pasaran Malaysia


Boon Siew Honda (BSH) baru-baru ini mengumumkan hanya 800 Unit sahaja di keluarkan untuk pasaran negara kita bagi model Honda CBR150R Edisi Repsol. Paling menarik harga yang ditawarkan hanya RM13,499. 

Penampilan Edisi Repsol tahun 2022 menyerlahkan lagi rupabentuk Honda CBR150R.Livery Repsol menampilkan warna terang sepertimana warna yang terdampar di jentera Honda RC213V di MotoGP.

Apa yang pastinya pemilihan warna Oren majoriti pada badan CBR150R menampakkan kegagahan jentera berkenaan terutama pada rim,tangki dan bahagian atas lampu depan. 

Namun speksifikasi serta enjin masih dikekalkan satu silinder 150cc DOHC dengan penawaran 16hp ada 9,000rpm dan 13,7Nm @7,000rpm. 


Honda CBR150R digerakkan dengan transmisi 6 kelajuan serta sistem keselamatan  Brek ABS Dwi Saluran. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ