Suzuki GSX - S1000 Mantap Dan Liar

Suzuki GSX - S1000 sebuah Naked yang lebih berkuasa dari GSX - S750. Ianya merupakan generasi kedua yang mana generasi sebelumnya diperkenalkan pada tahun 2015. HK berpeluang menunggang uji jentera ini selama 4 hari. Tidak dinafikan lontaran kuasa yang ada pada Suzuki GSX - S1000 bukan kaleng-kaleng. Mantap namun Liar. Kenapa penulis takrifkan sedemikian? Hasil tunggang uji yang dijalankan, yang pastinya model ini bukannya sebuah 'Naked' bagi mereka yang baru berjinak dengan dunia motosikal berkuasa tinggi. Kenyataan berkenaan dikuatkan lagi apabila penulis menguji kemampuan model ini dari pelbagai sudut. Gaya tunggangan,kuasa yang dikeluarkan,teknoloji yang memerlukan perhatian khusus sebelum atau sewaktu menunggang dan terpenting pengendalian. Ketepatan memilih instrumen eletronik yang terhidang merupakan kunci utama dalam mengendalikan Suzuki GSX - S1000. Tersilap pilih mengundang padah. Senang cerita sebelum berniat untuk mulakan perjalanan jauh ...