Glove Model GP PLUS Di Tarik Balik Dari Pasaran - Alpinestars

 


Sarung Tangan model GP PLUS keluaran Alpinestars telah diarahkan untuk ditarik balik dari pasaran. 

Kesatuan Eropah dalam penerbitan terbarunya yang turut dilaporkan oleh Federation Of European Motorcyclist Association (FEMA) telah mengesahkan Sarung Tangan Model GP PLUS boleh menyebabkan 'KANSER'. 


Penarikan balik terpaksa dibuat setelah didapati terdapat bahan jenis 'CHROMIUM VI' dikesan yang boleh menyebabkan Kanser. 

Bahan berkenaan akan menyebabkan tindakbalas alergi kepada penggunanya dan seterusnya Kanser. 

Mengikut kajian Chromium VI pada Sarung Tangan GP PLUS,sekiranya terkena permukaan kulit pengguna boleh menyebabkan 'Dermatitis' dan 'Ulser' pada kulit sekiranya tidak dirawat. 

Chromium adalah sebatian yang terkenal kerana ketahanan serta mampu tangani isu hakisan. Chromium juga selalu digunakan bagi menahan besi dari berkarat. 

Difahamkan Chromium VI adalah bahan toksik dan sekiranya memasuki badan bakal merosakkan buah pinggang dan hati serta Sel Darah Merah.

 Ianya juga turut memainkan peranan sebagai punca Kanser paru-paru, hidung dan saluran pernafasan jika di hidu serta dikenal pasti sebagai 'Karsinogen".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ