15 Rakyaat Malaysia Terlibat Kemalangan Di Mudzalifah Bukan Jemaah Haji
Tularnya berita kemalangan melibatkan 15 rakyaat Malaysia di Mudzalifah telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persoalan memandangkan sekarang ini Musim haji.
Insiden bas terbabas yang membabitkan 15 rakyaat Malaysia di Mudzalifah sebenarnya tidak melibatkan jemaah Haji.
Perkara berkenaan telah disahkan oleh Kementerian Luar Negeri. Hariankabar(HK) dimaklumkan mangsa yang terbabit adalah pekerja sebuah syarikat pembinaan.
![]() |
Kementerian Luar Negeri - Putrajaya |
15 orang mangsa kemalangan tersebut merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah.
HK difahamkan dua mangsa kemalangan berkenaan mengalami kecederaan serius patah tulang di bahagian bahu dan tengkuk.
![]() |
Bangunan Konsulat Jeneral Malaysia Di Jeddah |
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dpt meneruskan kerjaya Masing2
BalasPadam