Ustaz Kazim Kemungkinan Kena Penyakit Kulit "Ekzema" -Pakar Penyakit Kulit

 



Terjawab akhirnya masaalah sebenar penyakit yang dihidapi oleh Pendakwah Bebas, Ustaz Kazim Elias yang menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan warganet. 

Bermacam telahan bermain di media sosial selepas pendakwah tersebut memuat naik gambar lengan dengan bintik-bintik hitam. 

Beliau juga memohon bantuan orang ramai dalam mengubati penyakit misteri tersebut. Setelah hampir saban hari isu berkenaan tular di media sosial telah menarik minat Pakar Kulit dari Klinik Kulit Kuala Lumpur.

Datuk Dr Low Bin Tick, Pakar Kulit meyarankan agar pendakwah bebas itu mendapatkan rawatan segera di mana-mana klinik kulit. 

Menurut Datuk Dr Low, penyakit yang dhidapi oleh Ustaz Kazim berkemungkinan berkaitan dengan penyakit kulit 'Ekzema'. 

Penyakit tersebut selalunya bermula dari alahan biasa yang akhirnya menyebabkan luka dan ditumbuhi beberapa ketulan kecil warna hitam. 

Tambah Datuk Dr Low, "penghidap penyakit berkenaan bermula dengan alahan,kemudian pesakit akan garu sehingga pecah dan menyebabkan kuman dari kuku masuk dalam kulit yang pecah tadi". 

Sebab itu ketulan kuning dan hitam adalah nanah daripada jangkitan tersebut.Penyakit berkenaan ada rawatan khusus untuk cepat pulih",ujar Pakar Kulit tersebut. 

Datuk Dr Low Bin Tick yang juga ahli Persatuan Dermatoloji Malaysia (PDM) berkata, pesakit yang menghidap penyakit tersebut perlu dua hingga tiga kali berjumpa pakar untuk pulih. 

Ini kerana ubat yang pertama adalah untuk mematikan kuman. Krim Antibiotik perlu di disapu setiap hari untuk menghilangkan nanah. Malah pesakit juga diberikan ubat Antibiotik untuk makan serta Vitamin C bagi kekuatan dalaman. 

Beliau juga memberikan kabar gembira kepada mereka yang mengalami penyakit tersebut iaitu penyakit tersebut boleh diubati cuma kesabaran dari pesakit amat diperlukan.  

 

Ulasan

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperolehi kesihatan yg baik utk beribadah serta berdakwah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ