TVS Perkenalkan Produk Terkini Ke Pasaran Indonesia

 

Mungkin versi ini jika dibawa masuk ke negara kita,ramai beranggapan hanya sesuai untuk golongan veteran untuk berulang alik ke masjid atau ke pasar. 

Atau mungkin bagi pelajar berulang alik ke kampus. Kategori motor dalam bandar tampak keserasiannya.

Produk dari TVS model XL 100 2022 telah dilancarkan baru-baru ini di negara jiran iaitu Indonesia. 



Sebuah motosikal 'UNIK' rekaannya dibekalkan dengan enjin 99.7cc ,silinder tunggal(single cyclinder),Penyejuk Udara,Injection. 

Sistem transmisi Automatik. Kuasa yang mampu dikeluarkan adalah 4.4ps pada 6,00rpm dengan tork 6.5Nm@3,500rpm. Model ini terdapat dua cara untuk menghidupkan enjin iaitu Sistem Eletrik atau secara manual menggunakan kaki(Kick Starter). 

Sistem brek dengan teknoloji Synchronized Braking Technology(SBT) serta masih menggunakan dram didepan dan belakang.Handlebar yang tampak ergonomik di padankan dengan lampu LED DRL. 



Pelana(Kusyen) yang selesa bagi penunggang sementara pelana belakang boleh ditanggalkan. Model ini di hidangkan dalam dua warna iaitu Hitam dan Coklat. Bukan setakat warna malah harga juga berbeza serta komponennya. 

Difahamkan TVS versi XL100 2022 warna coklat punyai kelebihan yang tampak ekslusif. Antaranya cermin pandang belakang 'Retro',kusyen dwi warna,ekzos dengan penutup krom dan pengecas telefon bimbit. 

Motosikal ini juga dilengkapi dengan Sensor Roll Over. Sistem ini dianggap menarik kerana enjin akan mati secara automatik selepas 3 saat sewaktu berhenti tanpa mengira ke arah mana hendalbar samada kiri atau kanan. 



Penawaran harga bagi model ini di pasaran Indonesia adalah Rp. 13,900,000(RM 4,154,63) bagi model warna hitam.Sementara model warna coklat harganya Rp. 14,390,000(RM 4,301,09)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ