Suzuki V - Storm 250 2022 Diberi Warna Baharu Untuk Pasaran Di China

 

V Storm 250 2022 varian lengkap dengan
kotak bagasi

Rupa-rupanya ada model Suzuki V - Storm 250. Hariankabar (HK) mungkin terlepas pandang atau kurang kaji selidik tentang susurgalur model  V- Storm. 

Info yang HK terima model V-Storm 250 2022 yang berada di pasaran negara China telah dikemaskini warna baharu dan harganya tidak membebankan jika dibawa masuk ke negara kita. 

V storm 250 2022 Varian Standard


HK difahamkan bagi pasaran negara China model Adventure Touring Suzuki dihidangkan dengan enam warna pilihan. Melihat gambar serta info yang tular ternyata rekabentuk dan speksifikasi masih kekal seperti model sebelumnya. 

Terdapat dua varian bagi pasaran di China iaitu Standard dan varian dengan kotak bagasi (pannier Box) . Harga bagi varian Standard CNY 26,580 (RM17,538.32), sementara untuk varian Kotak Bagasi harga di pasaran China CNY 27,680 (RM 18,264.13).


Speksifikasi :-

Enjin         2488cc -Liquid Cool,SOHC dan Parallel Twin. 

Transmisi     6 Kelajuan. 

Kuasa Maksimum   24.67hp@ 8,000rpm. 

Tork Maksimum 23.4Nm@ 6,500rpm. 

Bahan Api Kapasiti penuh 17.3 liter. 

Ketinggian Pelana 795 mm. 

Beratnya ialah 206 kg (varian dengan kotak bagasi) dan 188 kg (varian standard). 

Brek cakera depan dan belakangnya /ABS. 

Fork Depan Teleskopik / Belakang Mono.

Digital Meter, Port pengecas telefon. 

Lampu belakang LED . 

Saiz tayar depan /belakang 110/80-17 dan 140/70-17. 

Warna pilihan V Storm 250 2022 bagi
Varian Kotak Bagasi


Warna pilihan V Storm 250 2022
Varian Standard


Kenapa model ini tidak dibawa msuk ke negara kita?





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ