Skuter 'URBAN ADVENTURE' Kini Di Malaysia - Aprilia SR GT 200 2022
![]() |
Aprilia SR GT 200 - Varian Sport |
Model SR GT 200 merupakan Skuter "URBAN ADVENTURE' yang pertama dikeluarkan oleh Aprilia.
Model Skuter yang dikatakan tersuai untuk tunggangan di bandar serta pengembaraan jarak jauh.
Melihat daripada desain Skuter ini terpancar sedikit sifat 'Enduro' atau boleh HK klasifikasikan off road.
Aprilia Malaysia (Didi Group) telah secara rasminya melancarkan model SR GT 200 2022 bagi pasaran di negara kita baru-baru ini dan masih panas di pasaran.
HK difahamkan terdapat dua varian pilihan iaitu Standard dan Sport yang dibawa masuk ke negara kita.
![]() |
Aprilia SR GT 200 - Varian Standard |
Varian Standard terdapat tiga warna pilihan iaitu Street Grey,Infinity Blue dan Aprilia Black yang mana pelana dan rim berwarna hitam.
Sementara varian Sport juga dibekalkan dengan tiga wana pilihan Street Gold,Red Raceway dan Iridium Grey dengan pelana dua tona dan rim berwarna merah.
Bagi varian Standard harga yang ditawarkan RM 19,900 sementara untuk varian Sport harga ialah RM 20,900.
Spesifikasi
Enjin: Silinder tunggal, i-get dengan sistem Start&Stop
Kapasiti enjin: 174cc
Kuasa maksimum: 17hp pada 8,500rpm
Tork maksimum: 16.5Nm pada 7,000rp
Tangki bahan api: 9 liter
Rim/Tayar depan: Tubless 110/80 – 14 inci
Rim/Tayar belakang: Tubless 130,70 – 13 inci
Ulasan
Catat Ulasan