Motosikal Baharu 150cc Keatas Wajib Pasang ABS - Menteri Pengangkutan

 


Sistem Brek Antikunci atau Antilock Braking System (ABS) bagi motosikal baharu dengan enjin bersesaran 150cc bakal diwajibkan pemasangannya. 

Namun menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pemasangan sistem keselamatan itu akan diwajibkan selepas kajian terperinci oleh Institiut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (Miros) di buat. 

Kajian yang dijangka memakan masa selama enam bulan bermula tahun ini. Selepas dua tahun setelah tarik dapatan data, maka pemasangan ABS diwajibkan.


Kajian berkenaan melibatkan pembuat motosikal dan wakil pengguna. Dalam tempoh yang sama pindaan peraturan sedia ada bagi mewajibkan pemasangan ABS akan turut  dilakukan. 



Tambah Datuk Dr Wee, pemasangan ABS pada motosikal 150cc ke atas merupakan satu langkah kerajaan untuk mengurangkan kemalangan maut dimana 60 peratus melibatkan penunggang motosikal.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ