Menang Dan Bantu Tutup Aurat Pihak Lawan - Syabas Pesilat Malaysia

 



Setiap perlawanan ada kalah dan menang. Impian memenangi sesuatu perlawanan tersemat disanubari sesiapa sahaja yang menyertainya. 

Kemenangan bergaya sering kita dengar,namun kemenangan sambil melindungi aurat pihak lawan mungkin ini pertama kali berlaku dalam sejarah. 

Siti Shazwana Ajak, pesilat wanita negara kita sememangnya layak mendapat kepujian sewaktu menentang lawannya dari Indonesia. 

Kepujian yang diterima bukan setakat memenangi perlawanan malah tindakan secara spontan yang boleh dikategorikan bertanggungjawab dalam menjaga aurat sesama wanita Islam dipertontonkan oleh Siti.



Dapat dilhat dalam video yang tular Siti sewaktu berentap telah tertarik tudung pihak lawan pesilat wanita dari Indonesia Selly Andriani. 

Menyedari tudung lawannya hampir tertanggal dan nampakkkan rambut,dengan pantas Siti bangun dan bergegas melindungi kepala Selly. 

Tindakan tersebut memberi peluang kepada Selly membetulkan tudung sebelum meneruskan perlawanan.

Aksi Siti dalam menyelamatkan aurat Selly mendapat kepujian dari wargamaya Malaysia dan Indonesia. Inilah yang dikatakan kalah atau menang adat perlawanan. 

Semangat kesukanan yang tinggi berjaya dipamerkan oleh Siti Shazwana Ajak disamping melindungi apa yang wajib bagi seorang perempuan muslim.

Keputusan perlawanan tersebut memihak kepada Siti dan beliau layak ke peringkat seterusnya dengan mengalahkan Selly Adriani dalam kelas E - 65-70kg.  

  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ