Rupa-Rupanya Ada Masalah pendengaran

 



Kecoh di dada media sosial kisah seorang pemandu SUV yang enggan memberi laluan kepada ambulan baru-baru ini. Pelbagai reaksi netizen tular bengang dengan tindakan pemandu tersebut. 

"Tidak lojik jika siren ambulan sebegitu kuat dibelakangnya tidak didengari," demikian keluhan netizen. Mungkin kita juga akan berkata sedemikian tanpa ketahui kisah sebenar. 

Kecekapan pihak PDRM telah berjaya mengesan pemandu Honda CRV berkenaan dalam waktu terdekat setelah tularnya video tersebut di media sosial. 

Kejadian tersebut berlaku di KM 292 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Utara.

 Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud siasatan mendapati Kenderaan Utliti Sukan (SUV) tersebut dipandu oleh seorang warga emas. 

Lelaki berusia 62 itu menghadapi masaalah pendengaran "tinnitus -acoustic neuroma" sejak tiga tahun lepas. 

Sehingga kini warga emas berkenaan masih meneruskan rawatan lanjut dari Pakar Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. 

Polis Kampar melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) akan mengambil tindakan sewajarnya kepada lelaki tersebut.

Insiden yang tular itu telah menarik perhatian Ketua Pengarah Kesihatan ,Tan Sri Noor Hisham Abdullah. 

Dapat di lihat dalam video berkenaan Honda CRV yang dipandu oleh seorang lelaki enggan memberi laluan kepada ambulan yang dibunyikan siren serta berada tepat dibelakang SUV tersebut. 

Situasi berkenaan memaksa pemandu ambulan memotong di laluan kiri SUV tersebut.   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ