Adakah Harga Motosikal Akan Naik,Lantaran Nilai 'RM' Semakin Lemah?

 



Hari ini nilai USD 0.23 bersamaan RM 1. Cukup parah jika dibandingkan beberapa bulan lepas. Wujud spekulasi kenaikan harga kenderaan di Malaysia kemungkinan besar akan berlaku. 

Datuk Aishah Ahmad, Presiden Automotif Malaysia (MAA) berkata, perubahan ini disebabkan kos yang terpaksa di tanggung oleh pengeluar antaranya kenaikan harga bahan mentah ,kos lojistik dan kejatuhan Ringgit Malaysia. 

HK (hariankabar) terdengar desas-desus kemungkinan kenaikan  harga kereta di pasaran negara kita akan berlaku. 

Seandainya harga kereta naik.Adakah harga motosikal akan terpalit sama?  Hk juga terdengar ura-ura akan berlaku kenaikan harga motosikal,namun waktunya belum ditetapkan. 



Mustahil pengeluar motosikal tidak terkesan dengan kos yang terpaksa ditanggung sepertimana pengeluar kereta. 

Jika alasan yang sama diberikan oleh pengeluar motosikal bagi pasaran di negara kita. Maka secara automatik akan menjejaskan golongan pertengahan dan bawahan dengan tekanan kewangan. 

Umum mengetahui harga jualan motosikal di pasaran negara kita mutakhir ini sememangnya tinggi. 

Alasan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia di harapkan bukan satu alasan kepada pengeluar motosikal di pasaran Malaysia dalam menaikkan harga secara drastik. 

Sekiranya kenaikan harga tidak mampu ditepis oleh pengeluar, kerajaan negara kita perlu mengambil langkah yang rasional. 

Pengecualian Duti Eksais 100 peratus harus diterapkan kembali. Langkah ini pernah dilakukan pada 1 April  dan berakhir pada 31 Dis 2021. 

Apapun jika benar kenaikan tidak dapat dielakkan, setiap pengeluar motosikal di pasaran negara kita disarankan serapkan kenaikan harga yang tipis berdasarkan tanggungjawab sosial terhadap peminat Dua Roda di Malaysia.   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ