'Selagi Hutang Tidak Dibayar,Jangan Sesiapa Uruskan Jenazah Ini'

 



"Jangan ada sesiapa mandikan atau uruskan jenazah ini selagi tidak lunasi hutang,"tegas pemiutang bernama DN. 

Itulah nasib yang menimpa jenazah Rusli Daeng Sute yang di tahan daripada dimandikan apatah lagi untuk dikapan.

Peristiwa berkenaan berlaku di Kabupaten Kalakar, Wilayah Sulawesi Selatan. 

Punca kejadian dimana Arwah Rusli pernah berhutang dengan sepupunya iaitu seorang wanita yang dikenali sebagai DN. 

Kehadiran DN ke rumah arwah telah menimbulkan kekecohan lantaran DN menagih hutang yang arwah pernah pinjam darinya sebanyak 2 juta rupiah (RM602). 

Bukan setakat menagih hutang malah DN juga tidak membenarkan jenazah tersebut dimandikan serta tangguh urusan selanjutnya selagi hutang tidak dibayar. 

Penduduk setempat berusaha memujuk DN agar hutang oleh arwah Rusli akan dibayar setelah selesai pengkebumian,namun segala pujukan tidak diendahkan oleh DN.

Beliau tetap berkeras dan meminta hutangnya dibayar sebelum jenazah di kebumikan.

Hasil usaha warga setempat serta keluarga arwah Rusli berjaya mengumpulkan 2 Juta Rupiah(RM602) untuk dibayar kepada DN. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ