Jalan TAR mengundang Rakyat Sabah dan Sarawak 'Shopping Raya'


 

Dua tahun punya penangan,KWSP RM10,000 punya habuan tiada batas menjadi penghalang bagi mereka yang sememangnya inginkan kepuasan demi lebaran bakal menjelang. 

Bukan setakat mereka dari Lembah Kelang atau pun Semenanjung sahaja yang berkunjung ke Jalan TAR demi melunaskan hutang dua tahun tidak dapat membeli belah demi persiapan Aidilfitri. 

Rupa-rupanya dari Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan jadikan Jalan TAR lokasi utama membeli-belah persiapan untuk Aidilfitri. 

Tinjauan mendapati sebahagian mereka ini ada yang jadi pelanggan tetap Jalan TAR sebelum pandemik Covid 19 dan ada yang baru berjinak di Jalan TAR. 

Rafidah Mat Noor


Rafidah Mat Noor anak jati Sabah menggangap membeli belah di Jalan TAR merupakan satu kemudahan.Ini kerana terdapat pelbagai barangan terutama pakaian di hidangkan dengan pelbagai pilihan mengikut selera masing-masing. 

Legend itu yang terpacul dari mulut Rafidah bila tanya pendapat beliau tentang Jalan TAR.Beliau bermodalkan RM 1,500 untuk tambang dan penginapan. 

Rafidah teramat berpuashati tentang persiapan kelengkapan untuk Aidilfitri tahun ini. Perancangan untuk membeli-belah di Jalan TAR bermula dari tiga bulan lepas.'Saya sanggup datang dari Sabah semata-mata untuk membeli di Jalan TAR" luah rafidah. 

Seorang lagi rakyaat Sabah yang di temui juga meluahkan perasaan gembiranya dapat turun melihat suasana serta tidak melepaskan peluang untuk turut membeli bagi persiapan Aidilfitri di Jalan TAR.

Nazrin Sairan dari Kota Kinabalu yang datang bersama keluarga memperuntukkan RM500 seorang. Ini kerana tempahan tiket kapalterbang telah dibuat tiga bulan lebih awal.Menurut Nazrin harga di Jalan TAR jauh lebih murah dan terdapat pelbagai pilihan. 

Bukan setakat rakyaat Sabah,malah dari Sarawak pun turut sama berkunjung ke Jalan TAR. Nur Alya Aisya Menggong dari Kuching,Sarawak tidak kisah walaupun terpaksa keluarkan kos RM1000.00 seorang semata-mata untuk berkunjung ke Jalan TAR. 

"Selama ini saya hanya mendengar kabar dan melihat gambar suasana membeli belah di Jalan TAR. Tahun ini saya nekad untuk jejakkan kaki buat kali pertama ke lokasi yang cukup hebat ini. Alhamdulillah hajat saya kesampaian." luah Nur Aliya.

Nur Alya Aisya

Bercerita mengenai lokasi dan harga, sejujurnya menurut Aliya lokasi Jalan TAR ckup strategik bagi membeli persiapan khususnya di musim perayaan. 

Harga tidak terlalu tinggi dan berbaloi untuk mereka yang bersederhana dalam pembelian. Pilihan terlalu banyak dan seikhlasnya saya rambang mata dalam membuat pilihan. Aliya merasakan kehadirnnya ke Jalan TAR bukanlah suau pembaziran. 

"Seratus peratus apa yang saya kehendaki dan cari semuanya ada di sini," tersenyum Aliya menceritakan pengalaman pertama membeli dan mengunjungi Jalan TAR.

Ulasan

  1. Selamat menyambut Eidul Fitri semoga berbahagia dan bebas dari plandemik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Syarat Melayakkan Anda Automatik Mendapat Lesen B Dari Lesen B2

9 Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas - Kastam

2 Model Suzuki dan 1 Model Honda Terlibat Dalam Panggilan Semula Oleh JPJ